Emas membuat kejutan menjelang penutup dagangan September dengan melonjak lebih 2% selepas US dolar menyusut ekoran data tuntutan pengangguran AS yang lemah.
Ketika penulisan, emas didagangkan sedikit berubah pada $1,753 per auns, selepas melonjak 2.2% ke tahap tertinggi minggu ini pada $1,764 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan pada sekitar harga $1,754 per auns.
Jumlan tuntutan faedah pengangguran AS meningkatkan pada minggu lalu menyebabkan pelabur bimbang dengan bacaan laporan pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan minggu depan juga melemah.
Ketika berucap di hadapan Dewan Rakyat semalam, Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell mengharapkan bacaan data pekerjaan yang lebih baik pada minggu depan, untuk meneruskan rancangan pengurangan rangsangan monetari.
Susulan itu, hasil bon AS 10 tahun turut susut ke bawah tahap 1.5%, sekali gus memberi peluang kepada logam berharga emas untuk meningkat semula.
Selain itu, kenaikan dagangan emas juga dikaitkan dengan aktiviti ‘profit taking’ oleh pelabur terhadap USD menjelang dagangan akhir bulan, setelah mendorongnya ke paras tertinggi satu tahun.
Walaupun susut, tetapi US dolar masih kekal didagangkan tinggi dengan sokongan daripada bacaan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada suku kedua yang disemak semula menunjukkan pertumbuhan 6.7%.