Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 20 – 24 Jul 2015

49

kalendar-ekonomi-moshedfx

Perjanjian baru Greece akhirnya dicapai, tetapi ia tidak membantu Euro. Secara umum, Dollar AS menikmati keuntungan yang luas. Minggu ini mempunyai angka perumahan Amerika Syarikat dan juga peristiwa-peristiwa penting lain yang bakal menjadi penggerak utama pasaran.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Satu “aGreekment” telah dicapai pada awal pagi Isnin dengan penyerahan Greece kepada penjimatan selepas Grexit diletakkan di atas meja rundingan. Kami melihat tanda-tanda untuk pasaran kembali kepada keadaan normal tetapi dengan keadaan buruk yang begitu banyak, tiada siapa yang benar-benar gembira dan Euro kembali lebih rendah. Krisis ini boleh berehat sementara, sebelum membuat kemunculan semula.

Pada masa yang sama, Dollar AS melihat angka bercampur-campur, dengan jualan runcit jatuh meleset dari jangkaan. Walau bagaimanapun, beberapa angka yang lebih baik dan dengan berulangnya niat Yellen untuk menaikkan “interest rate” pada tahun ini, Dollar muncul sebagai pemenang terutamanya berbanding mata wang komoditi. USD|CAD menyentuh 1.30, AUD|USD mencapai paras terendah baru walaupun GDP China adalah baik dan NZD|USD jatuh di bawah paras terendah selepas krisis. Satu-satunya mata wang yang menewaskan Dollar AS dengan agak baik adalah pound, terima kasih kepada komen agresif dari Carney.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Rabu, 11:05 Pagi

Ucapan Gabenor RBA:  Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens dijadual berucap di Sydney. Dia boleh berucap tentang keputusan RBA baru-baru ini untuk mengekalkan “interest rate” pada kadar 2% dan juga hasrat untuk menyediakan langkah-langkah ransangan seterusnya, termasuk satu lagi penurunan kadar. Pertumbuhan ekonomi Australia adalah lebih lemah daripada ramalan, tetapi dijangka meningkat semula dalam tempoh dua tahun akan datang. Stevens menyatakan RBA akan memantau data dan bertindak sewajarnya.

Rabu, 10:00 Malam

Jualan Rumah sedia ada AS:  Jualan rumah sedia ada, ataupun rumah terpakai adalah sebahagian besar dari pasaran. Setelah mencapai 5.35 juta setahun pada bulan Mei, satu lagi kenaikan kepada 5.41 juta adalah dalam jangkaan. Federal Reserve memantau sektor perumahan, yang selari dengan kitaran ekonomi.

Khamis, 5:00 Pagi

Keputusan “interest rate” New Zealand:  Bank pusat New Zealand menurunkan “interest rate” buat kali pertama dalam tempoh empat tahun, mencapai 3.25% untuk melindungi ekonomi yang bergantung kepada eksport dan dari risiko deflasi.  Empat kenaikan kadar berturut-turut yang berakhir pada bulan Julai 2014 dan pertumbuhan tahunan yang memuaskan sebanyak 3%, tidak menghalang RBNZ untuk mengurangkan “interest rate”; apabila harga susu merosot lebih daripada 50% dan permintaan dari China yang lemah. Ahli ekonomi menjangkakan, sekurang-kurangnya satu lagi pemotongan akan dibuat sebelum akhir tahun ini.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan permohonan baru untuk bantuan pengangguran, turun lebih dari jangkaan pada minggu lalu – mencapai 281 ribu. Ahli ekonomi menjangkakan penambahan 284 ribu tuntutan. Penurunan sebanyak 15 ribu dari 296 ribu pada sebelum ini; menunjukkan pasaran buruh AS sudah cukup kuat untuk menyokong kenaikan “interest rate” pada tahun ini meskipun sektor pembuatan masih lemah. Tuntuan purata bergerak empat minggu meningkat 3,250 kepada 282,500 pada minggu lepas. Ukuran empat minggu kekal di bawah garis 300 ribu selama 16 minggu berturut-turut. Jumlah tuntutan dijangka mencecah 285 ribu minggu ini.

Jumaat, 8:45 Pagi

Markit “Flash Manufacturing PMI” China:  Penilaian bebas untuk ekonomi China boleh memberi penerangan yang lebih baik, tentang apa yang sedang berlaku di sana, selepas GDP positif, yang datang daripada kerajaan. Setelah skor akhir 49.4 mata pada Jun, kenaikan kecil kepada 49.8 adalah dijangka, hanya di bawah paras 50 mata yang memisahkan pertumbuhan daripada penguncupan.

Jumaat, 10:00 Malam

Jualan rumah baru AS:  Walaupun jualan rumah baru hanyalah sebahagian kecil daripada transaksi, setiap jualan mempunyai kesan yang lebih luas ke atas infrastruktur dan perbelanjaan tambahan. Selepas mencecah paras tertinggi 546 ribu buah pada bulan Mei lalu, kejatuhan kecil kepada 541 ribu buah rumah adalah dalam jangkaan pada kali ini.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat