Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 24 – 28 Aug 2015

44

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dolar Amerika Syarikat mengalami kejatuhan dalam seminggu yang menyaksikan jatuh bangun dalam pasaran global. Adakah ini akan berterusan? Ifo Iklim Perniagaan Jerman, CB Keyakinan Pengguna AS, Pesanan barang tahan lama AS dan data GDP dari Amerika Syarikat dan UK adalah tonggak berita ekonomi yang bakal menggerakkan pasaran minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Federal Reserve AS mengeluarkan minit mesyuarat Julai, mendedahkan pertikaian mengenai masa kenaikan kadar. Walaupun isyarat yang jelas dari beberapa pegawai Fed menyeru kenaikan kadar pada bulan September, ramai pembuat dasar masih percaya langkah itu terlalu awal. Dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi dan pemimpin, Janet Yellen akan menjadi daya penggerak di sebalik keputusan pada September ini. Adakah kita akan melihat kenaikan kadar pada bulan September?

Peluang kelihatan lebih malap dengan kebimbangan mengenai China dan ketidaktentuan politik baru tentang Greece yang semakin meningkat. Euro kini diletakkan dengan jelas seperti mata wang yang selamat bersama yen. Dolar pula terus tertekan.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 4:00 Petang

Ifo Iklim Perniagaan Jerman:  Sentimen perniagaan yang bertambah baik tidak disangka-sangka pada Julai berikutan dua penurunan bulanan selepas perjanjian antara Greece dan pemiutangnya. Ifo indeks iklim perniagaan meningkat kepada 108.0 daripada 107.5 yang disemak semula pada bulan Jun, mengatasi jangkaan bacaan forum 107.6. Resolusi krisis Greece dan perjanjian nuklear dengan Iran meningkatkan sentimen. Kaji selidik itu menunjukkan jangkaan lebih cerah, dan juga keadaan semasa yang lebih baik. Sentimen perniagaan diramalkan untuk mencapai 107.6 pada bulan Ogos.

Selasa, 10:00 Malam

CB Keyakinan Pengguna AS:  Pengguna AS kurang yakin pada bulan Julai. Lembaga Persidangan Indeks Keyakinan Pengguna jatuh kepada 90.9 pada bulan Julai daripada 99.8 pada bulan sebelumnya, meleset dari ramalan 100.1. Bacaan mencatatkan tahap paling rendah sejak September 2014. Keadaan semasa kekal positif, tetapi jangkaan jangka pendek merosot, ditengah-tengah ketidaktentuan pasaran buruh, dan turun naik dalam pasaran kewangan yang didorong oleh keadaan di Greece dan China. Pengguna AS dijangka lebih positif pada bulan Ogos. Indeks ini dijangka meningkat kepada 93.1.

Rabu, 8:30 Malam

Pesanan Barangan Tahan Lama AS:  Perniagaan meningkat semula selepas permulaan yang perlahan. Pesanan untuk barangan tahan lama meningkat 3.4% pada bulan Jun selepas kejatuhan 1.8% pada bulan Mei. Ahli ekonomi meramalkan kenaikan 3.2%. Pelaburan perniagaan dalam pembuatan peralatan dan perisian juga menunjukkan peningkatan pada pembuatan bulan-bulan akan datang. Walau bagaimanapun, ketidaktentuan masih ada kerana permintaan barangan tahan lama boleh menjadi tidak menentu. Sementara itu, pesanana tidak termasuk pengangkutan mendapat 0.8%, peningkatan terbesar sejak Ogos 2014. Secara keseluruhan, pesanan baru pada separuh pertama 2015 kekal lemah, turun 2% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2014. Pesanan untuk barangan tahan lama dijangka merosot 0.5%, manakala tempahan teras diramal mendapat 0.3%.

Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Jackson Hole Simposium:  Banyak juga bank-bank pusat akan menghadiri Jackson Hole Wyoming untuk persidangan tahunan kali ini. Walaupun Pengerusi Fed, Janet Yellen tidak akan hadir, beberapa tokoh penting yang lain akan berucap dan bertemu. Ini termasuk Naib Pengerusi Stanley Fischer, Gabenor BoE Mark Carney dan lain-lain. Catatan mengenai kelembapan China, pemulihan Euro-Zone dan sudah tentu potensi kenaikan kadar Feds dari orang-orang yang paling penting, semuanya akan menggerakkan pasaran.

Khamis, 8:30 Malam

Data GDP AS:  Menurut anggaran awal, ekonomi Amerika Syarikat meningkat sebanyak 2.6% pada suku kedua, melantun dari semakan semula 0.6% pada suku pertama tetapi pastinya tidak cukup meyakinkan. Dalam anggaran kedua, satu naik taraf kepada 3.2% adalah dalam jangkaan. Adakah semakan ke atas yang ketara akan meningkatkan mood? Atau kesuraman suku ketiga akan terus kekal?

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan awal untuk bantuan pengangguran meningkat sedikit pada minggu lalu, mencapai 277 ribu. Kenaikan 4 ribu masih konsisten dengan pasaran kerja yang kukuh. Purata empat minggu, meningkat 5,500 kepada 271,500. Purata bilangan tuntutan masih berada diparas 15 tahun terendah, menunjukkan pasaran buruh AS yang terus bertambah kukuh. Walau bagaimanapun, pertumbuhan gaji masih belum bertambah baik. Purata gaji setiap jam meningkat semata-mata 2.1% daripada 12 bulan sebelum itu, masih jauh dari kadar 3.5% hingga 4% yang dilihat di negara-negara yang sihat ekonominya. Jumlah tuntutan pengangguran dijangka mencecah 275 ribu pada minggu ini.

Jumaat, 4:30 Petang

Data GDP UK:  Ekonomi UK kembali kepada pertumbuhan yang lebih kukuh pada suku kedua: 0.7% mengikut bacaan awal. Ini adalah seperti yang diharapkan dan lebih kuat daripada 0.3% yang dilihat dalam suku pertama. Pengesahan untuk angka ini adalah dalam semakan pertama.

Jumaat, 8:30 Malam

Imbangan Barangan Perdagangan AS:  Laporan baru dari Jabatan Perdagangan AS telah dikeluarkan pada bulan Julai. Laporan ini dikeluarkan 4-7 hari sebelum laporan yang sedia ada dari Perdagangan Antarabangsa bagi Barangan dan Perkhidmatan, tidak termasuk perkhidmatan atau perdagangan barangan pada asas imbangan pembayaran. Data ini dimasukkan ke dalam laporan GDP bertujuan untuk meningkatkan ketepatan anggaran pertama. Imbangan barangan perdagangan pada bulan Jun menunjukkan defisit perdagangan sebanyak $62.26 bilion.

Sabtu, 10:25 Pagi

Ucapan Gabenor BoE:  Gabenor BoE Mark Carney dijadualkan berucap tentang inflasi dinamik dan dasar monetari di Jackson Hole Simposium. Dia boleh bercakap mengenai trend inflasi yang rendah di UK dan kebimbangan beliau bahawa inflasi mungkin kembali jatuh di bawah sifar, sekaligus menangguhkan sebarang inisiatif kenaikan kadar tahun ini.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat