Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 25 – 29 Mei 2015

48

kalendar-ekonomi-moshedfx

Dollar AS cuba membuat kemunculan semula, namun mata wang Amerika itu terjejas teruk dalam seminggu yang menyaksikan perubahan trend. Dan sekarang, Pesanan untuk Barang Tahan Lama AS, Keyakinan Pengguna serta data GDP UK, Kanada dan AS bakal menonjol dan menjadi berita-berita utama dalam kalendar Forex untuk minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Minit mesyuarat dasar Federal Reserve pada April 28-29 mendedahkan kenaikan “interest rate” yang dirancang, tidak akan berlaku pada bulan Jun ini. Walaupun keyakinan semakin meningkat dalam pemulihan ekonomi Amerika Syarikat, data terkini menunjukkan kelembapan yang dijangka bersifat sementara. Perbelanjaan pengguna yang lemah, pertumbuhan dan data sektor pekerjaan yang perlahan, menyebabkan penggubal dasar menangguhkan keputusan mereka untuk menaikkan “interest rate”.

Federal Reserve AS juga kecewa, kerana kejatuhan harga minyak tidak merangsang pertumbuhan seperti yang dijangkakan, dan kelemahan Dollar baru-bari ini menyebabkan inflasi jatuh. Feds mengulangi bahawa ia tidak akan menaikkan “interest rate” sehingga ia cukup yakin bahawa harga terus bergerak ke arah sasaran 2% yang ditetapkan. Adakah ekonomi AS bakal pulih daripada kelembapan baru-baru ini? Dalam Euro-Zone pula, percakapan mengenai pembelian awal bon “Quantitative Easing” (QE) ECB melanda euro khususnya. Mata wang blok ekonomi Eropah itu jatuh semula dari kenaikan sebelum ini. Di UK, inflasi turun di bawah 0% dan di Jepun pula, GDP dilapor lebih baik daripada yang dijangkakan.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Selasa, 8:30 Malam 

Pesanan Barang Tahan Lama AS:  Sektor pembuatan AS pulih pada Mac di tengah-tengah perkembangan dalam industri pengangkutan. Pesanan baru untuk barangan perkilangan tahan lama, meningkat sebanyak 4.0%, untuk $240.2 billion, selepas penurunan 1.4% pada bulan Februari. Walau bagaimanapun, teras bagi pesanan barangan tahan lama, tidak termasuk sektor pengangkutan yang tidak menentu, menurun 0.2% kepada $159.9 billion. Angka teras yang lemah diikuti tujuh bulan bacaan negatif, menunjukkan suku kedua mungkin tidak sekukuh seperti yang di jangkakan. Penurunan sebanyak 0.4% pada pesanan dan kenaikan sebanyak 0.5% pada pesanan teras adalah dijangkakan kali ini.

Selasa, 10:00 Malam

Keyakinan Pengguna AS: Keyakinan pengguna jatuh mendadak pada bulan April kepada 95.2 daripada 101.4 pada Mac, di tengah-tengah pertumbuhan pekerjaan yang lemah. Walaupun pakar ekonomi menjangkakan sentimen pengguna meningkat kepada 102.5, ianya menjunam kepada paras terendah pada 2015. Harga bahan api yang terus kekal di bawah harga tahun lepas, menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi data yang lemah dalam pasaran pekerjaan AS membayangi perkembangan positif ini. 95.3 adalah dalam jangkaan kali ini.

Rabu, 10:00 Malam

Keputusan kadar Kanada:  Bank of Canada mengekalkan “interest rate” tidak berubah pada 0.75%. Gabenor Stephen Poloz mengunjurkan pandangan positif bagi ekonomi Kanada, walaupun ditengah-tengah kelemahan semasa ekoran kejatuhan harga minyak. Bank pusat Kanada itu menurunkan 1.5% unjuran pertumbuhan asal bagi suku pertama 2015, kepada sifar. Walau bagaimanapun, Poloz menegaskan ekonomi akan pulih pada separuh kedua tahun ini. Walau bagaimanapun, ramai pakar ekonomi percaya bahawa kejatuhan harga minyak akan mempunyai kesan yang lebih lama kepada pertumbuhan ekonomi Kanada.

Khamis, 4:30 Petang

GDP UK: Menurut laporan awal bagi Q1 (suku pertama) 2015, ekonomi UK berkembang sebanyak 0.3%. Angka itu mungkin akan dinaik taraf kepada 0.4% buat masa ini. Adalah penting untuk diambil perhatian, bahawa kadar pertumbuhan ini adalah lebih rendah daripada yang dilihat sebelumnya.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Bilangan rakyat Amerika Syarikat yang memfailkan tuntutan awal untuk faedah pengangguran meningkat sebanyak 10 ribu pada minggu lepas, mencapai jumlah 274 ribu. Penganalisis menjangka kenaikan yang lebih kecil iaitu 271 ribu. Walaupun meningkat pada minggu lepas, jumlah tuntutan kekal di bawah 300 ribu, menunjukkan pasaran pekerjaan yang terus kukuh untuk minggu ke-11. Purata bergerak empat minggu jatuh 5,500 minggu lepas kepada 266,250 iaitu paras terendah sejak April 2000. Tahap yang sama iaitu 272 ribu, dianggarkan untuk laporan kali ini.

Jumaat, 8:30 Malam

GDP Kanada:  Ekonomi Kanada terhenti pada bulan Februari menunjukkan tiada pertumbuhan, selepas menguncup 0.2% pada bulan Januari. Peningkatan sederhana dalam sektor perkhidmatan telah diimbangi oleh penguncupan dalam industri pembuatan. Kedua-dua sektor pembuatan dan tenaga menyusut pada bulan Februari, menunjukkan sektor tenaga bukanlah faktor tunggal yang menyebabkan kelemahan ekonomi Kanada, seperti yang dinyatakan oleh bank pusat negara itu. Ahli ekonomi percaya Bank of Canada perlu menurunkan “interest rate” pada akhir tahun ini, untuk merangsang pertumbuhan ekonomi. Kenaikan sebanyak 0.2% adalah dijangkakan.

GDP AS: Menurut laporan Q1 (suku pertama) 2015, ekonomi AS berkembang pada kadar tahunan 0.2%, iaitu di bawah jangkaan. Perkara yang lebih buruk dijangka kali ini, iaitu penguncupan sekitar 0.9%. Pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen juga membincangkan kemungkinan menaikkan “interest rate” jika pasaran pekerjaan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan yang besar.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat