Pandangan Kalendar Ekonomi Sepanjang Minggu Hadapan (19-23 Disember)

Lonjakan US dolar yang berlaku minggu ini dapat dilihat dengan jelas berbanding matawang Euro dan Yen berikutan kenaikan kadar oleh The Fed dan komen Yellen yang agak hawkish. Minggu hadapan dijangka akan dicorakkan oleh penetapan kadar oleh Jepun, data GDP New Zealand, Canada dan US, US durable good dan harga pengguna Kanada. Ini antara laporan data yang akan dikeluarkan sebelum perayaan Krismas.

Pasaran akan lebih menumpukan kepada penetapan kadar oleh Bank of Japan. Pendapat daripada 15 orang pakar ekonomi menunjukkan BoJ akan mengekalkan kadar faedah di paras negatif 0.1 peratus, serta mengekalkan sasaran hasil bon kerajaan. Sasaran inflasi sebanyak 2 peratus dijangka akan mengambil masa yang lama untuk dicapai berikutan kelemahan Yen dan harga saham yang semakin melonjak.

Tanpa membuang masa lagi mari kita lihat ulasan kalendar ekonomi minggu hadapan.

  • Indeks komposit (German Ifo Business Climate): Isnin 5 petang

Data ini hampir tidak berubah (110.4) pada November yang menunjukkan syarikat-syarikat German yang masih utuh berikutan kemenangan Trump. Sentimen dalam syarikat pembuatan sedikt suram berikutan jangkaan eksport yang kurang baik. Data ini dijangka akan meningkat ke paras 110.7

  • Penetapan kadar Jepun: Selasa

Bank of Japan (Bank pusat Jepun) mengekalkan polisi monetarinya pada mesyuarat November lepas. BoJ mengatakan mereka akan membiarkan polisi tidah berubah melainkan ada kejutan ekonomi negatif yang besar mengganggu pemulihan ekonomi Jepun. Pihak BoJ juga mengutarakan kebimbangan risiko yang akan terus melemahkan harga di Jepun. Gabenor Kuroda juga mengatakan mereka perlu lebih masa untuk melawan deflasi dan menjangka akan mencapai sasaran inflasi pada 2018.

  • Inventori minyak EIA: Rabu 11.30 malam

EIA atau Pengurusan Informasi Tenaga melaporkan inventori minyak mentah yang jatuh sebanyak 2.6 juta tong pada minggu berakhir 9 Disember berbanding 2.4 juta penyusutan pada minggu lepas. Jumlah inventori setakat ini ialah 483.2 juta tong. Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir. Minyak mentah US yang diimport pada masa ini berada dalam purata 7.4 juta tong sehari yang menyusut 943,000 tong dari minggu sebelum.

  • KDNK (GDP) New Zealand: Khamis, 5.45 pagi

Kdnk atau pertumbuhan ekonomi New Zealand meningkat sebanyak 0.9% pada suku kedua sedikit kurang dari jangkaan iaitu 1.1%. Eksport dan permintaan domestik terus meningkat. Eksport meningkat sebanyak 4% dan perbelanjaan isirumah meningkat 3.6%. Penganalisis menjangkakan pertumbuhan 0.8% pada suku ketiga.

  • Data tempahan US Durable goods (barangan seperti mesin):  Khamis 9.30 malam

Tempahan bagi produk yang boleh bertahan lama meningkat sebanyak 4.8% pada Oktober yang disebabkan oleh peningkatan permintaan pesawat komersial. Bacaan ini melebihi jangkaan 3.3%. Jika dikira tanpa mengambil kira pesawat dan industri automotif, tempahan bagi durable goods hanya meningkat 1% pada Oktober yang juga merupakan satu kenaikan yang kukuh. Penganalisis menjangkakan tempahan meningkat sebanyak 0.2% kali ini.

  • Data KDNK (GDP) US: Khamis 9.30 malam

Bacaan pertumbuhan ekonomi US bagi suku kedua agak mengejutkan dengan peningkatan sebanyak 1.4% berbanding jangkaan 1.3% dan 1.1% pada suku pertama. Eksport yang melebihi import dan pelaburan dalm sektor perniagaan meningkat memberikan isyarat yang baik kepada ekonomi US. Perbelanjaan pengguna merekodkan peningkatan sebanyak 4.3%. Tetapi syarikat-syarikat dilihat terus mengurangkan inventori yang berjumlah $50.2 bilion. Jangkaan pertumbuhan ekonomi US bagi suku ketiga ialah 3.3%.

  • Data pengangguran Jobless claims US: Khamis 9.30 malam

Jabatan Buruh US melaporkan 254,000 laporan pengangguran (Jobless claims) dicatatkan bagi minggu berakhir pada 10 Disember yang menunjukkan pengurangan sebanyak 4,000 berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 258,000. Data yang dikeluarkan ini lebih rendah dari jangkaan penganalisis sebanyak 255,000. Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims. Jangkaan bagi minggu ini adalah 255,000.

  • Data KDNK (GDP) Kanada: Jumaat 9.30 malam

Data KDNK Kanada yang dikeluarkan sebelum ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.3% pada September yang merupakan pertumbuhan positif selama empat bulan berturut-turut. Kenaikan ini lebih tinggi daripada jangkaan penganalisis sebanyak 0.1% dan pertumbuhan tahunan meningkat ke paras 1.9%. Industri pengeluaran barangan merekodkan kenaikan 1.1% pada September walaupun peningkatan keseluruhan berada di paras 1.4%. Dalam industri minyak dan gas sebanyak 2.7% peningkatan dicatatkan dan menyumbangkan pertumbuhan 3.6% dalam bacaan tahunan yang mana sektor tenaga merekodkan peningkatan sebanyak 6.5%. Jangkaan kali ini ialah peningkatan sebanyak 0.1%.

Akhir sekali semoga profit kepada anda semua.

Related Posts

Next Post