Pandangan Pakar Ekonomi Terhadap Program Rangsangan Monetari ECB

570

Bank pusat Eropah (ECB) dijangka akan mengakhiri program rangsangan kewangan menjelang akhir tahun ini. Berdasakan undian Reuters, pakar ekonomi yakin dengan hal itu berikutan komentar yang dibuat oleh pembuat dasar ECB.

Kajian soal selidik tersebuti menunjukkan lebih 80 orang pakar ekonomi menjangkakan akan hal tersebut.

Walaubagaimanapun, undian Reuters tersebut telah meramalkan bahawa ECB akan berhenti membeli bon puluhan bilion euro sejak September 2017 lagi.

Pembuat dasar ECB – termasuk Jens Weidmann, ketua bank pusat Jerman, rakan sejawatannya dari Belanda, Klaas Knot dan Ketua ekonomi, Peter Praet – mengatakan skema pembelian bon 2.55 trilion euro mungkin berakhir tahun ini.

Namun sesetengah ahli ekonomi berpendapat bahawa keputusan akan datang pada mesyuarat 14 Jun hanya akan memaklumkan pelan tempoh masa bagi program pembelian bon.

Bank pusat dijangka meningkatkan kadar deposit sebanyak 15 mata asas kepada -0.25 peratus pada suku kedua tahun depan dan menaikkan kadar pembiayaan semula sebanyak 10 mata asas pada suku tahun berikutnya.

Walaupun dengan data ekonomi yang perlahan, komentar pembuat dasar tersebut telah berjaya mendorong matawang euro unutk mengukuh keparas tertinggi 3 minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat