Pertumbuhan ekonomi Zon-Eropah dilihat meningkat dengan kukuh dan sebahagian dari panduan polisi European Central Bank, ECB akan berubah melalui masa kata ketua penganalisis ekonomi ECB Peter Praet.
Pertumbuhan ekonomi dalam 19 buah negara matawang Euro semakin berkembang dan juga pasaran buruh, di mana inflasi akan meningkat ke paras sasaran 2019, kata Praet.
Minggu lalu ECB mengekalkan polisi monetari pelonggaran di paras tertinggi dan mengekalkan tambahan rangsangan masih lagi terbuka. ECB juga mengatakan risiko pertumbuhan masih lagi cenderung ke bawah dan juga inflasi-teras masih belum menunjukkan trend kenaikan yang meyakinkan.
Pelabur-pelabur kini menjangka ECB akan mengurangkan kenyataan yang berbunyi ‘risiko ke bawah’ kepada ekonomi dan juga mengkaji semula sama ada mengekalkan kecenderungan kepada lebih polisi pelonggaran berikutan pemulihan ekonomi yang kukuh dan inflasi.
Dalam masa yang sama Praet juga mengtakan ECB tidak akan membincangkan kebergantungan mereka kepada kenaikan kukuh inflasi.
ECB telah menjelaskan panduan terhadap pembelian bon mereka akan diteruskan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini di mana kadar faedah akan kekal di paras semasa atau lebih rendah.
ECB juga melihat inflasi berlegar di sekitar 1.5% tahun ini sebelum meningkat dengan kukuh beberapa tahun akan datang sehingga menghampiri sasaran ECB dua peratus pada athun 2019, kata Praet.