Panik! 16 NFT Ape Yatch Club Bernilai Lebih RM 9.5 Juta Dicuri Di OpenSea!

1,873

Platform perdagangan non-fungible token (NFT) terbesar dunia, OpenSea telah membeku koleksi Bored Ape Yacht Club dan Mutant Ape selepas dilaporkan kedua-duanya dicuri daripada operator galeri seni New York semalam.

Difahamkan kecurian tersebut melibatkan sebanyak 1 Clonex, 7 Mutant Ape Yacht Club, dan 8 Bored Ape Yacht Club bernilai sekitar 615 ETH ($2.28 juta atau RM 9.52 juta).

Pembekuan yang dilakukan menyebabkan koleksi tersebut tidak boleh dijual beli di OpenSea.

Kes ini mula dikesan apabila akaun toddkramer.eth yang menghubungkan kepada Ross+Kramer Art Gallery memuatnaik untaian panjang di Twitter berkaitan kecurian 16 NFTs dari hot wallet.

Bagaimanapun, penulis gagal untuk melihat twit tersebut, barangkali sudah dipadam oleh pengasas galeri tersebut.

Susulan daripada pembekuan aktiviti perdagangan terhadap koleksi tersebut mula menimbulkan persoalan di dalam komuniti – adakah NFT tidak desentralisasi?

Tetapi sebenarnya tidak.

Penggunaan hot wallet yang mengundang kepada aktiviti jenayah seperti kecurian dan penipuan. Sementara cold wallet pula lebih memberi jaminan kerana ia tidak disambungkan kepada internet seperti hot wallet.

Aset NFT itu sendiri sudah tentu desentralisasi tetapi wallet dan OpenSea memiliki pengawalan supaya sebarang jenayah tidak berlanjutan.

Jom tengok artikel ini untuk bezakan hot wallet dengan cold wallet.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat