PANIK! Tether (USDT) Ikut Tenggelam!

2,721

Stablecoin yang paling popular dalam kalangan pelabur kripto, Tether (USDT) tiba-tiba membuat terjunan mendadak, hilang nilainya bersandarkan AS dolar.

USDT mencatatkan rekod terendah dua tahun dengan nilai dagangan $0.95, sebelum kembali melantun ke paras $0.97 ketika artikel ini ditulis.

Rentetan daripada kejadian ini, USDT menjadi tular di Twitter dan rata-rata pelabur semakin gelisah ditambah dengan prestasi pasaran kripto yang semakin keruh.

Menurut ketua pegawai teknologi Bitfinex dan Tether, Paolo Ardoino, prestasi tether yang tidak stabil adalah disebabkan penebusan USDT pada $1 menerusi laman web rasmi Tether.

Difahamkan lebih 300 juta USDT telah ditebus sejak 24 jam yang lalu.

Pelabur juga diminta untuk tidak terlalu bimbang kerana barangkali kesannya hanya sementara.

Artikel ini tamat dengan peningkatan harga USDT di paras $0.98, menunjukkan stablecoin ini sedang bergerak ke paras normal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat