Paras Signifikan EUR/USD Selepas Jatuh Hampir 170 Pips Minggu Ini

58

Data CPI Perancis hari ini memulihkan sedikit matawang tunggal euro, naik daripada paras terendah hari ini selepas euro dijual secara berterusan bermula sesi New York yang lalu.

Pasangan matawang EUR/USD meneruskan pembetulan harga mingguan ke paras rendah yang baru, jatuh dua sesi berturut-turut dan merekodkan penurunan ke paras terendah sebanyak dua kali, di sekitar harga 1.1870.

Greenback memulih selepas para pelabur kekal optimis dengan pengumuman pelan pembaharuan cukai Trump di White House semalam. Selain itu, dolar US turut disokong oleh hasil bon 10-tahun US meningkat menghampiri 2.20% pada hari Rabu lepas.

EUR/USD naik semula daripada paras terendah kepada 1.1891, meningkat 0.05%, disokong oleh data CPI Perancis yang positif.

Walau bagaimanapun, keputusan kadar faedah BoE dan juga bacaan CPI US petang ini akan terus memandu sentimen pasaran, sekali gus memberi impak kepada hala tuju EUR/USD yang lebih jelas.

Paras signifikan EUR/USD hari ini adalah:

Support: S1: 1.1823, S2: 1.1816, S3: 1.1723

Resistance: R1: 1.1932, R2: 1.2041, R3: 1.2092

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat