Parker Randall Akhirnya dipilih Sebagai JuruAudit 1MDB yang Baru Menggantikan Deloitte!

100

Menurut sumber Bloomberg, 1Malaysia Development Bhd mengambil keputusan untuk melantik juruaudit yang baru setelah Deloitte LLP yang memegang jawatan sebagai juruaudit syarikat tersebut meletakkan jawatan hampir setahun yang lalu.

Parker Randall telah menggantikan tempat Deloitte dan dikatakan telah mula mengaudit beberapa anak syarikat 1MDB.

Menurut laman web mereka, Parker Randall International merupakan sebuah organisasi dan firma yang menjalankan audit dan perakaunan bebas yang mempunyai wakil di 50 buah negara, dan kira-kira 2,000 rakan kongsi dan pekerja.

Deloitte dikatakan mengemukakan hasrat itu sejak Julai dan ingin menarik diri tanpa alasan yang kukuh.

Syarikat dana 1MDB itu masih dalam siasatan tentang dakwaan rasuah dan penyelewengan wang haram serta melibatkan beberapa pegawai awam. 1MDB secara konsisten juga telah menafikan sebarang salah laku yang melibatkan syarikat itu.

Singapura pada Khamis telah memfailkan dakwaan terhadap bekas pengurus cawangan Falcon Private Bank Ltd sebagai orang kelima yang dikatakan terlibat dalam penyelewengan dana syarikat berkenaan. Jens Sturzenegger yang berasal dari Switzerland itu menghadapi 16 pertuduhan termasuk kegagalan untuk memberi keterangan terhadap dana yang masuk ke dalam dua akaun bank yang mencurigakan, berjumlah $1.27 Billion.

Dalam masa yang sama, 1MBD sebelum ini mengatakan bahawa mereka tidak boleh memfailkan akaun bagi tahun kewangan berakhir Mac 2015 kerana tidak mampu menyediakan penyata audit berikutan dokuemn yang diperlukan telah dirampas oleh pihak berkuasa dalam satu serbuan pada Julai 2015.

Selain Deloitte, KMPG dan Ernst & Young juga pernah dilantik menjadi juruaudit bagi syarikat 1MDB.

PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat