Parlimen Eropah Tak Mahu Mark Zuckerberg Berkuasa Sebagai Bank Pusat

725

Usaha Mark Zuckerberg mahu melancarkan matawang digital Facebook, Diem benar-benar membimbangkan parlimen Eropah apabila badan berkuasa itu mahu lebih banyak kuasa diserahkan kepada Bank Pusat Eropah (ECB).

Dalam cadangan yang dikemukakan pada September, European Commission’s Markets in Crypto-assets (MiCA) Regulation mahu ECB menerima mandat dalam menerbitkan undang-undang selaras terhadap pengeluar dan penyedia perkhidmatan aset kripto pada peringkat EU.

Pindaan tersebut dicadangkan oleh ahli parlimen Eropah, Dr Stefan Berger, merangkumi peranan ECB yang perlu bertindak lebih aktif dalam pengesahan matawang kripto baharu. Ini bermakna bank pusat berhak untuk menolak beberapa projek yang dijalankan di sempadan EU.

Dr Berger juga berpendapat bahawa ECB perlu bersedia dengan stablecoins terutama Diem yang dibangunkan dengan potensi mampu menganggu pasaran pembayaran konvensional bercirikan kos rendah, berskala dan penyelesaian segera.

Lebih membimbangkan badan kuasa itu, pada jumlah pengguna yang mencecah lebih 2 bilion, Facebook mampu merampas kuasa Bank Pusat sekelip mata. Walaupun matawang tidak berhak dimiliki syarikat swasta, masih juga tidak wajar untuk menjadikan Mark Zuckerberg sebagai bank pusat.

Ekoran daripada itu, Dr Berger yakin euro digital adalah jawapan terbaik untuk bersaing dengan stablecoin termasuk Diem dan harap pelancarannya disegerakan sebelum negara-negara lain.

Ironinya kenyataan Dr Berger, ECB dilihat sudah ketinggalan jauh dalam projek matawang kripto termasuk Diem. Lihat saja China yg sudah bergiat laju dgn beberapa fasa ujian terhadap yuan digital sejak tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat