20,000 Transaksi Yuan Digital Bukti China Sedia Menuju Era ‘Cashless’

369

Kira-kira 20,000 transaksi yuan digital telah dilakukan di platform firma e-dagang JD.com sepanjang percubaan matawang digital negara itu.

Dilaporkan seramai 80% peserta telah menggunakan platform tersebut untuk menjalankan transaksi yuan digital bermula Jumaat lepas.

Percubaan matawang digital negara itu turut dijalankan secara dunia nyata ketika pembelian “Double Twelve” yang mana melibatkan 10,000 kedai fizikal.

Suzhou merupakan salah satu lokasi yang terlibat dalam percubaan matawang digital dengan pelancaran pemberian 100,000 ‘angpau’ pada 11 Disember lalu, selepas Shenzhen yang juga melancarkan program yang sama pada Oktober dengan pemberian $1.5 juta kepada 50,000 pemenang bertuah.

Bagaimanapun ketika Amerika Syarikat (AS) terancam dengan kemunculan yuan digital, pengarah urusan Digital Renaissance Foundation, Cao Yin menjelaskan pelancaran matawang yuan digital tidak akan berlaku dalam masa terdekat.

China akan terus menjalankan percubaan yuan digital secara berperingkat sehingga pihak berkuasa yakin dengan penggunaan matawang digital.

Program percubaan yuan digital telah dilancarkan pada April, meliputi beberapa bandar seperti Shenzhen, Chengdu, Suzhou dan Xiongan. Sehingga November, percubaan itu telah mencatat rekod 4 juta transaksi membawa anggaran jumlah keseluruhan sebanyak $300 juta.

Bank pusat telah mengumumkan percubaan itu akan diluaskan lagi kepada beberapa daerah lain termasuk Beijing, Tianjin dan wilayah Hebei.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat