JD.com Jadi Online Mall Pertama China Guna Pembayaran Kripto

226

Peruncitan kedua terbesar China, JD.com Inc. akan menjadi platform beli-belah atas talian pertama mengaplikasikan sistem pembayaran menggunakan matawang kripto yang disokong bank pusat.

Dijangka percubaan sistem tersebut bermula pada bulan ini di mana pengguna akan berpeluang untuk membayar beberapa barang menggunakan yuan digital.

Percubaan pembayaran menggunakan kripto turut melibatkan 10,000 peruncitan lain.

Dianggarkan sebanyak 100,000 baucer tunai digital membawa nilai keseluruhannya 20 juta yuan akan diedarkan kepada seluruh penduduk bandar Suzhou pada 11 Disember.

Ia merupakan program kedua selepas People’s Bank of China (PBOC) melancarkan wang digital bernilai 10 juta yuan kepada 50,000 penduduk secara rawak pada Oktober lalu.

Sejak April lagi bank pusat telah menjalankan percubaan matawang yuan di beberapa bandar, bertujuan untuk mengangkat statusnya sebagai matawang global dan membantu ekonomi domestik sejajar kepesatan digital.

Rekod pada awal bulan November menunjukkan yuan digital telah digunakan dalam lebih empat juta transaksi dengan jumlah keseluruhan sekitar 2 bilion yuan (RM1.24 bilion).

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat