Pasaran Hartanah di China Bakal Dikawal Selia Dengan Lebih Ketat Tahun Depan!

44

Presiden Xi Jinping berkata China mengambil pendekatan untuk mengawal selia pasaran hartanah termasuk dari segi kewangan, dasar fiskal, cukai, tanah dan langkah-langkah perundangan bagi melindungi pasaran yang terdedah dengan risiko tersebut.

Harga rumah di China meningkat mendadak menurut rekod pada bulan November. Hal ini menyebabkan harga rumah menjadi lebih mahal buat individu yang berpendapatan sederhana berikutan peningkatan lebih 20 peratus setiap tahun di bandar-bandar utama.

Memetik komen Xi mengenai pasaran tersebut, sektor perumahan di China perlu memiliki ciri-ciri kediaman yang memenuhi kehendak penduduk di bandar baru.

Tahun depan China dikatakan akan lebih bertegas terhadap aliran kredit dalam sektor ini dan akan menghalang turun naik harga dengan mendadak yang akan menyebabkan bubble (kenaikan harga mendadak sehingga pada suatu masa, ia akan merosot dengan pantas) pada pasaran hartanah.

Dalam masa yang sama, Xi turut menyatakan komitmen kerajaan dalam memenuhi permintaan asas perumahan tahun hadapan.

Agihan Pendapatan ASB dan ASN 2016 Merosot

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat