Pasaran buruh A.S tanpa disangka menunjukkan prestasi yang semakin lemah pada bulan November dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang mengekang penawaran kerja di seluruh negeri dalam Amerika Syarikat (A.S).
NFP hanya mencatat peningkatan yang sedikit iaitu sebanyak 245,000 pada sehingga pertengahan bulan November. Prestasi ini juga membawa indikasi satu penuruna perlahan jika dibandingkan pada bulan Oktober yang lepas.
Kenaikan tawaran pekerjaan pada bulan Oktober telah disemak semula menjadi 610,000 daripada anggara awal iaitu pada 638,000. Bacaan pada bulan November ini juga mengecewakan penganalisis yang mensasarkan kenaikan sebanyak 469,000.
Penambahan bersih pekerjaan bulan November juga adalah yang paling kecil dalam tempoh enam bulan sejak Mei. Ini memperkuatkan hujah bahawa pemulihan ekonomi yang dicatat sejak Mei mula kehilangan prestasi dengan berjuta-juta rakyat Amerika kehilangan hak untuk mendapat faedah pengangguran dan beberapa syarikat terpaksa umumkan lay-off.
Disisi lain, sektor swasta mencatatkan peningkatan pekerjaan sebanyak 344,000 seiring dengan ramalan awal ADP pada minggu ini. Walaubagaimanapun, kadar penggangguran jatuh lebih daripada jangkaan ke paras rendah pada 6.7%. Tahap pengangguran U6 yang mengukur kadar pengangguran yang lebih menyeluruh jatuh dari 12.1% kepada 12.0%.
Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama masih meneruskan penyusutan sebanyak 0.07% keapda paras tuakran 90.650.