Pasaran Kembali Hijau – BTC Akan Meroket Ke Paras Harga $50,000?

1,940

Harga Bitcoin (BTC) telah melonjak dari paras terndah harian $ 44,161 untuk mencatat paras tertinggi harian baru $48,346.24, iaitu peningkatan harga lebih dari $4,000 dalam tempoh 24 jam. Aset kripto berjaya untuk bangkit dari paras sokongan utama $ 43,935 dan kini berada di atas paras harga tertinggi 3 bulan iaitu di atas $48,000.

Bitcoin harus membuktikan dapat bertahan di atas paras rintangan $48,000 untuk mencapai paras harga $50,000. BTC setakat ini telah mengukuh hampir 63% dari paras terendah pada bulan Julai dan perlu melepasi beberapa paras rintangan untuk menguji semula paras harga tertinggi sepanjang masa (ATH) iaitu pada $64,000.

Pasaran kripto kini sudah keluar daripada perangkap bearish selama 3 hari dengan pasaran kripto di atas 3% dari paras terendah Julai. Seiring dengan peningkatan harga Bitcoin, aset kripto lain juga turut mengikuti rentak. Cardano (ADA) menjadi aset kripto alternatif yang menunjukkan prestasi terbaik setelah Solana dengan mencapai ATH baru di atas $2.50 dan lebih banyak aset kripto lain sedang menguji paras rintangan.

Lonjakan harga Bitcoin didorong oleh pengumuman syarikat gergasi kewangan BlackRock dan Wells Fargo. BlackRock, pengurus aset terbesar di dunia mendedahkan mempunyai $ 382 juta dalam saham ‘mining crypto’. Disisi berbeza, Wells Fargo mendaftarkan Dana Peribadi Bitcoin.

Data Santiment pada awalnya menunjukkan bahawa sentimen orang ramai berubah menjadi menurun kerana dilihat ‘bearish’ selama tiga hari dan ramai yang menjangkakan harganya akan turun lebih jauh. Namun pengumuman terkini telah berjaya mengubah sentimen.

BTC perlu tembus paras rintangan $50,000 terlebih dahulu dan kemudian tahap $ 51,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat