Niaga minyak mentah terbang hampir 1 peratus pada hari Khamis selepas data yang dikeluarkan oleh kumpulan industri menunjukkan kejutan penurunan terhadap stok minyak mentah AS. Bacaan ini juga secara tidak langsung menyokong pandangan bahawa masalah lebih global kini semakin menemui penghujungnya.
WTI mentah menambah 48 sen atau 0.9 peratus kepada $54.07 setong, sementara Brent mentah naik 48 sen.
Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 884,000 tong pada minggu berakhir 17 Februari kepada 512.7 juta, berbanding dengan jangkaan penganalisis untuk peningkatan sebanyak 3.5 juta tong.
Data tersebut menambah keyakinan awal minggu ini apabila OPEC dan beberapa pengeluar lain termasuk Russia berjanji akan membendung jumlah output sejak awal tahun ini lagi.
Sumber-sumber OPEC juga berkata pada Rabu bahawa 11 pengeluar minyak non-OPEC telah berjanji untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 60 peratus bekalan minyak setakat ini.
Dalam masa yang sama, menurut API, stok minyak mentah di hub minyak terbesar Amerika Syarikat di Cushing, Oklahoma juga telah menurun sebanyak 1.5 juta tong sehari kepada 7.398 juta.
Adakah Data Ini Membawa Isyarat Bahawa Ekonomi Australia Dalam Keadaan Goyah?