Pasaran Kripto Kucar Kacir, Pakar Nasihatkan Agar Berhati-Hati!

1,920

Bitcoin menunjukkan prestasi terburuk pada hari ini sejak kejatuhan besar pada bulan Mei ketika harga BTC jatuh di bawah tahap $30,000. Bitcoin jatuh lebih dari 11% kepada sekitar $ 28,911. Tahap ini adalah tahap lebih rendah yang dikecapi pada tahun 2020, iaitu pada $29,026.

Penganalisis melihat paras $30,000 adalah paras sokongan utama selepas kejatuhan harga besar-besaran pada bulan Mei. Namun paras sokongan ini telah berjaya ditembusi maka terdapat kemungkinan bahawa harga BTC dapat menjunam kepada paras harga serendah $20,000

Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital, Mike Novogratz mengatakan di “Squawk Box” CNBC bahawa harga BTC masih boleh mencatat pemulihan walaubagaimanapun dengan sentimen yang sedang berlaku, harga BTC cederung untuk jatuh ke paras harga sokongan seterusnya.

$30,000 adalah paras harga sokongan kukuh yang menjadi tembok harapan. Penembusan tembok ini akan menjadikan paras harga $25,000 paras sokongan kuat yang seterusnya.

Pada tahun ini kita menyaksikan Bitcoin mencapai paras harga tertinggi sepanjang masa iaitu sekitar $60,000 seunit. Susulan beberapa tweet dari Elon Musk mengenai kebimbangan beliau terhadap alam sekitar yang berkaitan dengan BTC menyebabkan harga BTC jatuh merundum. Kemudian kebimbangan penggunaan kripto dalam serangan ransomware Colonial Pipeline membuatkan harga terus merosot pada bulan Jun.

Sejak itu, FUD dan larangan dari China yang datang bertalu-talu menambahkan lagi tekanan terhadap harga BTC. Dengan kerugian pada hari Selasa, bitcoin telah merosot sekitar 54% dari paras tertinggi sepanjang masa lebih dari $ 64,000 dikecapi pada pertengahan April. Penurunan yang ketara telah berlaku sebelumnya iaitu harga BTC jatuh sekitar 80% dari paras tertinggi akhir 2017.

Firma pelaburan Kripto, seperti CoinShares, Grayscale dan Bitwise, mengalami aliran keluar minggu keenam berturut-turut dengan sedikit aliran masuk, berdasarkan kenyataan CoinShares. Sentimen bearish lebih tertumpu pada bitcoin, dengan aliran keluar minggu ini berjumlah $ 89 juta, dan berjumlah $ 487 juta untuk tahun ini, atau 1.6% aset di bawah pengurusan.

Pasaran kini sedang memerhatikan paras sokongan seterusnya iaitu $28,900 jika paras harga $30,000 berjaya ditembus sekali lagi. Harga BTC kini didagangkan pada harga $31,528.56.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat