Pasaran ‘Menggila’, Emas Buat Terjunan ‘Maut’

2,651

Dagangan emas pastinya tidak terkecuali daripada pergerakan ‘gila’ pasaran malam tadi susulan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang memperkenalkan perubahan besar dalam kerangka dasar monetarinya.

Bank pusat kini menetapkan perubahan pada sasaran inflasi yang memberikan lebih banyak fleksibiliti dan membolehkan Fed mengekalkan kadar faedah lebih rendah untuk jangka masa panjang bagi merangsang pertumbuhan untuk membantu mengatasi pengangguran.

Ia juga bermaksud bahawa pembuat dasar Fed selepas ini berkemungkinan tidak akan meningkatkan kadar faedah walaupun kadar inflasi bertumbuh di atas sasaran 2%.

Menyusuli pengumuman Powell, harga emas melonjak ke paras ketinggian satu minggu pada $1,976 per auns sebelum membuat terjunan semula sehingga mencecah paras lebih rendah pada $1,909 per auns ketika sesi New York ekoran kenyataan yang kurang dovish daripada Powell.

Tidak seperti yang diharapkan oleh pelabur emas, sayangnya, Powell tidak mengulangi janji Fed untuk meneruskan pembelian aset seperti kebiasaannya untuk menyokong ekonomi daripada kesan krisis pandemik.

Bagaimanapun pada sesi Asia, emas kembali meningkat dengan didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,937 per auns, manakala niaga hadapan emas pula pada $1,943 per auns (11.30 pagi waktu Malaysia).

Kejatuhan drastik emas juga turut didorong oleh lonjakan hasil perbendaharaan AS ke paras tertinggi sejak pertengahan Jun yang turut memacu kenaikan US dolar berbanding matawang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat