Pasaran Minyak Kekal Terjejas, USD/CAD Melonjak Lagi 300 Pips Lebih Tinggi!

435

Faktor penularan wabak pandemik COVID-19 serta isu pergolakan dalam pasaran minyak mentah terus menyebabkan kejatuhan berterusan dagangan komoditi hitam tersebut.

Permintaan terhadap minyak mentah semakin susut dengan sekatan-sekatan yang telah dilaksanakan oleh kebanyakkan negara akibat ancaman Coronavirus.

Arab Saudi kini sedang merancang untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah melalui fasiliti terbesar mereka, Aramco dengan rancangan eksport minyak menjangkau 10 juta tong sehari pada Mei.

Ini telah mendorong Menteri Tenaga Iraq mendesak supaya OPEC dan rakan sekutunya kembali mengadakan pertemuan untuk rundingan bagi menstabilkan semula ketidaktentuan yang melanda pasaran minyak mentah ini selepas diburukkan oleh isu perang harga.

Matawang dolar Kanada yang sensitif terhadap minyak mentah terus mengalami kemerosotan dengan pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD masih mengekalkan kenaikan harga sejak Januari.

Selepas situasi perang harga susulan keputusan Rusia yang tidak bersetuju rancangan pemotongan pengeluaran minyak oleh OPEC, kenaikan pada carta USD/CAD telah melebihi 700 pips ke paras lebih tinggi.

Kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50), harga pada dagangan semalam mencecah paras 1.42700, paras tertinggi sejak Januari 2016.

Dan untuk dagangan semalam sahaja, harga merekodkan 300 pips kenaikan ke paras ketinggian terbaru tersebut.

Besar kemungkinan harga akan meneruskan lagi kenaikan ke paras lebih tinggi jika pergolakan di antara negara pengeluar minyak berterusan di samping dunia sedang berdepan serangan penularan wabak Coronavirus.

Kanada juga dilaporkan bakal mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada hari ini untuk mengimbangi impak penularan COVID-19 seperti yang telah dilaksanakan oleh negara-negara lain di seluruh dunia.

Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, antara paras yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada zon RBS (resistance become support) sekitar 1.40000.

Zon RBS lebih rendah sekitar 1.37500 akan menjadi tumpuan harga pada penurunan seterusnya jika dolar Kanada kembali diniagakan kukuh berbanding US dolar.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di  bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat