Pasaran Minyak Kelapa Sawit Dijangka Pulih Dengan Pembelian Semula Dari India

564

Bekalan domestik yang berkurangan dan harga diskaun yang dikenakan telah menarik perhatian India untuk kembali membeli minyak kelapa sawit Malaysia selepas empat bulan menarik diri susulan daripada perbalahan diplomatik antara Malaysia-India.

Pembelian 100,000 tan beras India oleh pihak Malaysia daripada negara tersebut pada minggu lepas membuktikan hubungan perdagangan ini kembali pulih setelah berlaku pertukaran kerajaan pada tempoh hari.

Malah, dikatakan pengimport India telah menandatangani pembelian sebanyak 200,000 tan minyak mentah kelapa sawit dari Malaysia, pengeluar minyak kelapa sawit kedua terbesar dan akan diimport pada Jun dan Julai.

Menerusi data yang dikemukakan oleh Refinitiv, jumlah import minyak kelapa sawit dari India melalui penghantaran kapal laut menyaksikan penyusutan melebihi 50% bagi empat bulan pertama 2020 berbanding pada tempoh masa yang sama pada 2019 iaitu kepada 1.11 juta tan.

Sebelum ini India memilih untuk memboikot pengimportan minyak kelapa sawit daripada Malaysia susulan daripada kenyataan mantan Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir yang mengkritik polisi New Delhi kerana kesan yang akan diterima oleh minoriti masyarakat Islam di negara itu.

Namun, penerimaan India untuk membeli semula minyak kelapa sawit Malaysia kerana kekurangan stok di pelabuhan India dilihat dapat menyokong harga minyak sawit meningkat semula dari paras terendah 10 bulan pada baru-baru ini.

Terkini, minyak kelapa sawit Malaysia dijual dengan harga diskaun, $15 (RM131) kepada pembekal Indonesia dengan kadar cukai eksport dinaikkan kepada $5 setong pada Isnin lepas. Pembeli Malaysia juga tidak sabar untuk menjual dengan potongan harga yang dikenakan memandangkan permintaan dan pengeluaran bekalan dijangka pulih pada Jun.

Dilaporkan pada April lalu, inventori minyak kelapa sawit melonjak naik lebih daripada dua juta tan, mengatasi jangkaan memandangkan pengeluaran meningkat ke paras tertinggi enam bulan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat