Pasaran Minyak Sambut Baik Tindakan Rusia Terhadap Eropah

1,079

Kebimbangan terbaru mengenai bekalan kembali memacu peningkatan dalam dagangan minyak mentah untuk kembali didagangkan lebih kukuh selepas sesi menyuramkan pada awal minggu.

Pada sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat 1.6% pada $106 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menokok 1.8% pada $98 setong.

Ketegangan antara Eropah dan Rusia semakin meningkat selepas syarikat gergasi tenaga Gazprom mengumumkan untuk memotong bekalan gas lebih lanjut melalui saluran paip Nord Stream 1 ke Jerman.

Langkah ini akan mengurangkan aliran sedia ada pada saluran paip gas utamanya kepada hanya 20% daripada kapasiti.

Walaupun Kesatuan Eropah (EU) telah menggesa negara anggota untuk melakukan penjimatan, tetapi dengan tindakan terbaru dari Rusia, ia mungkin tidak mencukupi untuk blok itu menghadapi musim sejuk akan datang.

Ini secara tidak langsung dilihat sebagai langkah yang boleh mencetuskan peralihan penggunaan daripada gas kepada minyak mentah sebagai sumber tenaga.

Bagaimanapun, risiko kemelesetan global kekal menjadi kebimbangan apatah lagi jangkaan kenaikan kadar faedah pada minggu ini mungkin akan menambahkan lagi tekanan kepada harga.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat