Rusia Jatuhkan ‘Bom’ Baru Ke Atas Gas Eropah!

8,522

Syarikat gergasi tenaga Rusia, Gazprom mengumumkan pemotongan selanjutnya bekalan gas ke Kesatuan Eropah (EU) melalui saluran paip Nord Stream 1.

Dalam pengumuman yang dibuat pada Isnin, ia akan mengurangkan aliran sedia ada pada saluran paip gas utamanya kepada hanya 20% daripada kapasiti setelah menurunkannya kepada 40% pada bulan lepas.

Pengurangan ini dilihat akan menambahkan lagi tekanan buat Eropah dalam persediaan menghadapi musim sejuk.

Menurut Gazprom, aliran bekalan akan turun kepada 33 juta meter padu sehari bermula 27 Julai kerana ia perlu menghentikan operasi turbin gas Siemens di stesen pemampat atas arahan daripada pemerhati industri.

Bagaimanapun, Eropah mendakwa kenyataan itu hanya alasan Rusia untuk menurunkan bekalan dan menggunakan tenaga sebagai ‘senjata’ ke atas EU.

Terdahulu, EU telah menggesa negara anggota untuk mengurangkan penggunaan gas sebanyak 15% dalam tempoh tuju bulan akan datang selepas Rusia memberi amaran ia boleh menurunkan atau menghentikan bekalan secara terus.

Namun, dengan pengurangan terbaharu dari Rusia, ia mungkin tidak mencukupi untuk memastikan bekalan menampung penggunaan sepanjang musim sejuk akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat