Pasaran Saham Eropah Ikut Jejak Wallstreet Menjelang Mesyuarat ECB

35

Pasaran saham Eropah jatuh pada Rabu dalam dagangan pagi sesi Eropah dan London menjelang penetapan polisi monetari European Central Bank (ECB) pada Khamis di mana ketegangan di Semenanjung Korea masih memberi kesan kepada aset-aset berisiko.

STOXX 600 ektika ini susut 0.32% setakat pukul 5.05 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang mewakili modal pasaran sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.

STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah susut 0.30%. Indeks DAX30 di Jerman pula merosot 0.21% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi jatuh 0.59% setakat ini. CAC40 di Perancis pula jatuh 0.34%.

Sektor kewangan Eropah adalah paling banyak mempengaruhi pasaran ketika ini dengan bank-bank Eropah fokus kepada mesyuarat ECB pada Khamis yang dijangka akan memberi isyarat tentang pengetatan monetari.

Risiko geopolitik antara Korea Utara dan Amerika Syarikat dilihat masih kekal memberi tekanan kepada pasaran selepas Korea Utara memberi amaran “lebih banyak pakej hadiah” untuk Amerika Syarikat.

Pada Selasa, Wallstreet mengalami kejatuhan yang agak besar sehingga 1.07% yang direkod oleh Dow Jones. Manakala S&P 500 mengalami kejatuhan terbesar dalam masa sehari sejak tiga minggu lalu dan Nasdaq susut 0.93%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat