Pasaran Saham Tumbang, Kebimbangan Pertumbuhan Ekonomi Kembali

762

Masalah rantaian bekalan dan ledakan harga terus mencengkam pasaran sehingga memberi kesan kepada pendapatan korporat serta melembabkan pengeluaran pembuatan yang meruntuhkan rali pada pasaran saham.

Indeks MSCI saham seluruh dunia ditutup lemah pada 0.91% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah jatuh 1.14%.

Rali di Wall Street berakhir dengan Nasdaq Composite susut 2.35% dan S&P 500 hilang 0.81% sementara indeks purata Dow Jones Industrial mengembalikan sedikit kerugian pada 0.15%.

Sementara itu, saham bernilai naik 0.17% manakala saham pertumbuhan jatuh 1.90%.

Menurut pelabur kanan di InspereX, David Petrosinelli, tindakan agresif Federal Reserve (Fed) dalam menaikkan kadar faedah bagi memerangi inflasi akan menyebabkan kemerosotan ekonomi.

Di Eropah pula, keputusan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde yang hawkish dalam menaikkan kadar faedah, jangkaan 50 mata asas, telah membuatkan pelabur teruja dan perkara ini disahkan oleh ketua ekonomi Investec London.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan turut menerima nasib yang sama apabila kelemahan dalam ekuiti telah menyalakan isyarat terhadap aset selamat seperti bon kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Hasil bon 10 tahun Jerman jatuh 9 mata asas pada 0.959% dan hasil Perbendaharaan turun ke paras terendah 1 bulan dengan nota penanda aras hasil 10 tahun susut 9.8 mata asas pada 2.761%.

Ringkasan mengenai mata wang, indeks dolar jatuh 0.362%, ia mencapai paras terendah 1 bulan selepas komen Lagarde yang membantu Euro mencanak pada 0.39% pada $1.0731.

Bagi komoditi, harga emas mencanak ke paras 2 minggu tertinggi, naik 1% pada $,865.40 per auns, dengan dolar yang melemah dan hasil Perbendaharaan yang rendah mendorong lonjakan safe-haven logam.

Aset kripto pula memperlihatkan Bitcoin naik 0.99% pada $29,371.04.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat