Pasaran ‘Slow’, Macam Mana Nak Trade?

405

Menjengah masuk ke sesi Eropah, pasaran mata wang dilihat kekal bergerak perlahan dengan kebanyakan mata wang utama terus berlegar pada sekitar harga yang sama.

Fokus utama pasaran hari ini pastinya berita mengenai pembelian Silicon Valley Bank (SVB) oleh First Citizens Bancshares yang dilihat sebagai perkembangan baik.

First Citizens dilaporkan membeli semua pinjaman dan deposit SVB serta memberikan hak ekuiti kepada Federal Deposit Insurance Corp (FDIC) dalam sahamnya bernilai $500 juta sebagai balasan.

Ia secara tidak langsung meredakan beberapa kebimbangan dalam pasaran dan membantu sentimen untuk bertambah baik pada awal minggu.

Bagaimanapun, pasaran mata wang masih tidak memaparkan reaksi ketara susulan berita tersebut, sebaliknya saham Eropah dibuka positif pada pembukaan dagangan hari ini.

US dolar didagangkan stabil, bertahan pada keuntungan yang dicatatkan selepas melantun dari paras terendah akhir minggu lalu.

Sementara euro pula sedikit berubah setelah diperlihatkan dengan data iklim perniagaan Jerman tinjauan Ifo yang menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan pada bulan Mac.

Dagangan pound mendatar selepas mencatat kejatuhan pada hari Jumaat disebabkan data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK yang kurang memberangsangkan.

Mata wang sensitif risiko, dolar Aussie dan New Zealand juga kekal berlegar pada sekitar harga yang sama susulan penyusutan yang dicatatkan minggu lalu.

Selain itu, safe-haven yen pula sedikit merosot di tengah-tengah dagangan US dolar yang lebih kukuh.

Keseluruhannya, pelabur mungkin akan menunggu pembukaan sesi New York untuk arah tuju mata wang yang lebih jelas, terutamanya US dolar.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat