Pasaran Tempatan Turut Terkesan, FOMC Terus Jadi Perhatian

189

Berpaksikan prestasi positif Wall Street di sebalik kebimbangan FOMC, pasaran saham tempatan mengalami lantunan pada awal hari.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.15 mata pada 1,476.53 sebelum naik 0.59 mata pada 1,474.97 berbanding penutupan Isnin pada 1,474.38.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 234 atasi kerugian pada 95, manakala 231 kaunter pula tidak berubah, 1,702 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 212.65 juta unit bernilai RM143.79 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, bursa tempatan meneruskan sesi hambar disebabkan sentimen berhati-hati sungguhpun berlaku lantunan ekoran prestasi semalaman Wall Street.

Ekoran itu, indeks dijangka berlegar-legar dalam julat 1,470-1,485 pada hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank susut 2 sen pada RM8.68 , Public Bank Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd turun 1 sen pada RM4.39 dan RM8.47 sementara CIMB Group Holdings Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) naik 2 sen pada RM5.76 dan RM9.22.

Saham aktif memperlihatkan ITMAX System Bhd lonjak 37 sen pada RM1.44, Velespada Energy Bhd naik 0.5 sen pada 16 sen, Yew Lee Pacific Group Bhd tambah 1 sen pada 37 sen, Advance Synergy Bhd kekal pada 18 sen dan Leform Bhd canak 1.5 sen pada 22 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas raih 15.16 mata pada 10,601.68, indeks FBMT 100 Index lonjak 13.83 mata pada 10,302.41, indeks FBM Emas Shariah naik 21.74 mata pada 10,754.89, FBM 70 tambah 56.43 mata pada 12,974.70 dan FBM ACE canak 27.23 mata pada 5,520.87.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan tambah 8.23 mata pada 16,548.06, indeks Perladangan naik 6.09 mata pada 6,758.58, indeks Produk serta Perkhidmatan canak 0.23 mata pada 181.66 dan indeks Tenaga lonjak 6.77 mata pada 785.23.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat