Pasaran Tenang Menanti Gelora Akan Datang!

261

Pasaran bergerak mendatar pada sesi Eropah ketika pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan data-data utama dari Amerika Syarikat.

US dolar terus bergelut untuk mencatat kenaikan walaupun minit mesyuarat Federal Reserve (Fed) dinilai hawkish oleh pasaran.

Minit mesyuarat terbaru Fed yang dikeluarkan pada awal pagi tadi menunjukkan penggubal dasar bersetuju bahawa bank pusat perlu memperlahankan kenaikan kadar yang agresif.

Namun, pada masa yang sama bank pusat itu menegaskan pendirian untuk mengekang inflasi, mengatakan kadar yang tinggi akan kekal lebih lama dan tiada pemotongan pada tahun ini.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan sedikit berubah pada 104.26 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pada dasarnya, pergerakan mata wang keseluruhan dilihat mendatar dalam sesi dagangan hari ini dengan pelabur kini menantikan terbitan data pekerjaan ADP sektor swasta pada sesi New York.

Angka yang direkodkan dalam data ADP bakal dijadikan petunjuk bagi keluaran laporan pekerjaan NFP pada Jumaat.

Mengikuti perkembangan mata wang utama, euro bergerak mendatar pada sekitar harga 1.0625 manakala pound pula sedikit merosot pada 1.2022 berbanding US dolar.

Sementara dagangan dolar Aussie dan New Zealand pula sedikit berubah, menyaksikan masing-masing diniagakan pada 0.6820 dan 0.6280 berbanding greenback.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat