Patutlah USD Mencanak! Powell Ada Cakap Sesuatu Rupanya

781

Kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell mengenai kesediaan bank pusat untuk peningkatan kadar faedah yang lebih agresif telah mendorong lonjakan raja mata wang US dolar.

Berucap di Persidangan Persatuan Kebangsaan untuk Ekonomi Perniagaan pada Isnin, Powell memberitahu bahawa mereka akan menaikkan kadar lebih daripada 25 mata asas jika perlu.

Ini secara tidak langsung membuka peluang untuk kenaikan kadar sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat akan datang. Penanda aras hasil bon AS 10 tahun meningkat lebih tinggi susulan kenyataan tersebut sehingga 2.3%, tertinggi sejak Mei 2019.

US dolar pula didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain, dengan indeks dolar mengukuh pada 98.70 ketika sesi Asia.

Dalam pada itu, Powell juga mengatakan bank pusat telah memberi tumpuan untuk memulihkan kestabilan harga selain mengekalkan pasaran buruh yang kuat.

Bagaimanapun, beliau menambah bahawa inflasi terlalu tinggi dan pengurangan balance sheet mungkin boleh dimulakan pada bulan Mei, yang boleh mengetatkan lagi dasar kewangan.

Susulan daripada kenyataan Powell, para pelabur kini meletakkan jangkaan bahawa kadar faedah mungkin akan berada pada julat 2.25% hingga 2.5% menjelang akhir tahun ini dengan enam lagi kenaikan kadar dilihat akan berlaku pada tahun ini oleh Fed.

Sementara itu, pengukuhan hasil bon AS telah mendorong kejatuhan mata wang yen sehingga menyentuh paras harga 120.00 berbanding US dolar pada sesi Asia, iaitu paras terendah enam tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat