Pelabur Bakal ‘FOMO’ Lepas XRP Tembus $2! – John Deaton

397

“Jaga-jaga pelabur, jangan harga dah naik tinggi baru terhegeh-hegeh nak beli.”

Seorang peguam yang merupakan penyokong tegar mata wang kripto Ripple (XRP) bernama John Deaton berpandangan para pedagang akan mengalami FOMO apabila harganya menggunung lima kali ganda untuk mencecah $2.

Deaton turut berkata bahawa banyak pedagang mahupun pelabur yang enggan membeli XRP semasa harganya berada di bawah $60 akan berpusu-pusu mengaut sejumlah aset digital tersebut apabila ia melepasi $1.

Umum mengetahui beliau telah memberi ramalan itu selepas hakim persekutuan memutuskan untuk guna ucapan Hinman yang menyebut Ethereum (ETH) bukanlah sekuriti dalam kes mahkamah antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS).

Tegas XRP, ucapan Hinman tersebut adalah salah satu perkara yang dapat membuktikan SEC sama sekali tidak boleh mendakwa aset digital itu sebagai sekuriti.

Pada minggu lalu, Deaton mendedahkan bahawa pembangkang XRP telah memetik e-mel SEC berhubung terdapat alasan yang munasabah untuk tidak mempercayai aset digital itu memenuhi semua faktor Howey Test.

Walaupun sehingga kini masih tidak mencapai sebarang keputusan, peguam Jeremy Hogan sungguh yakin XRP akan disenaraikan semula di bursa kripto AS sebaik sahaja hakim memutuskan aset digital tersebut adalah sekuriti.

Sehingga berita ini ditulis, harga XRP melonjak sebanyak 5.28% pada paras $0.52 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $27 bilion seterusnya mencatatkan kenaikan sekitar 14.96% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat