Pelabur Bakal Saksikan Kejatuhan Lebih Rendah GBP/USD Minggu Ini

477

Pound Sterling susut lebih rendah berbanding US dolar menuju dagangan ke penghujung minggu ini dengan pengukuhan oleh US dolar yang memanfaatkan situasi pasaran berisiko.

Perkembangan di UK, penggubal polisi bank pusat England (BOE) menafikan spekulasi bahawa langkah pengurangan pembelian bon (tapering) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Gabenor BOE, Andrew Bailey menyatakan syarat minimum untuk kenaikan kadar faedah telah dicapai namun, bukanlah masa yang sesuai untuk melakukannya sekarang.

Justeru, kadar faedah yang tidak akan dinaikkan dan langkah tapering tidak akan dilaksanakan, masih memberi isyarat dovish untuk BOE terus mengekalkan polisi longgar sekaligus terus memberi tekanan terhadap mata wang Pound.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga menyambung penyusutan sejak awal minggu mencecah paras terendah terbaru minggu ini sekitar 1.37300 pada sesi New York semalam.

Namun menuju ke penghujung sesi, harga meningkat semula berlegar di bawah zon rintangan 1.38000 bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis).

Pergerakan harga yang kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat trend bearish untuk carta GBP/USD.

Penurunan lebih rendah akan dijangkakan menuju ke zon support harga sekitar 1.37000 yang turut diuji pada dagangan penghujung Ogos yang lalu.

Penurunan yang diteruskan melepasi zon tersebut bakal berkemungkinan akan mencecah ke paras terendah yang baru sekitar support 1.36000.

Untuk situasi kenaikan harga pula, rintangan 1.38000 akan diuji dan jika harga berjaya lepas zon tersebut dan juga halangan MA50, akan memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish harga.

Kenaikan yang diteruskan bakal menuju semula paras 1.39000 yang dicapai pada penghujung minggu lalu untuk harga menguji sekali lagi zon rintangan tersebut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat