Pelabur Kripto Tersepit! 2 Faktor Ini Bakal Menentukan Halatuju Pasaran Pada Minggu Ini

1,082

Pasaran kripto kini sedang berada di bawah tekanan jualan dengan harga di pasaran kripto menurun. Harga Bitcoin didapati jatuh kira-kira 4% dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingg didagangkan di bawah paras $22K. BTC kini didagangkan pada $21,930 dan dijangka kekal di bawah purata pergerakan Mingguan 200.

Harga Ethereum juga telah jatuh lebih daripada 5% dan kini didagangkan pada $1,534. Pembekal data dalam rantaian, Santiment mendedahkan bahawa lonjakan ETH yang dipengaruhi oleh laporan tarikh gabungan mula berkurangan dan harga ETH dijangka akan terus jatuh. Solana, Avalanche, dan Cosmos turut mencatat kerugian besar dalam pasaran kripto.

Pasaran kripto turut dijangka berkemungkinan mengalami kejatuhan kerana mesyuarat FOMC yang akan datang pada 27 Julai. Para pedagang dan penganalisis kripto utama sedang bersedia untuk beberapa minggu yang tidak menentu untuk pasaran kripto. Acara paling penting minggu ini ialah mesyuarat FOMC pada 26 dan 27 Julai.

Kenaikan kadar faedah terakhir sebanyak 75bps menyebabkan kegawatan besar dalam pasaran kripto. Alat CME FedWatch menunjukkan 78.7% peluang kenaikan 75bps dan peluang 21.3% untuk kenaikan 100bps. Walaubagaimanapun kenaikan 100 mata asas telah mendapat bantahan daripada banyak pihak.

Data KDNK Amerika Syarikat Suku ke-2 dijangka akan dikeluarkan pada 28 Julai. Data bagi suku kewangan pertama menunjukkan pertumbuhan negatif dalam KDNK. Jika data yang akan datang mengulangi arah aliran yang sama, ia akan membawa maksud bahawa A.S berada dalam kemelesetan ekonomi.

Selain itu, syarikat Teknologi utama seperti Google, Microsoft, Meta, Apple, dan Amazon akan melaporkan angka kewangan mereka bagi tempoh suku kedua. Data telah menunjukkan bahawa saham teknologi mempunyai korelasi yang kuat dengan pasaran kripto dan sebarang pergolakan boleh mengakibatkan kejatuhan harga kripto.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat