Pelabur Masih Positif Untuk Posisi ‘Sell’ EUR/USD Minggu Ini

708

US dolar masih lagi dilihat meneruskan momentum pengukuhan pada penghujung dagangan minggu lalu menepis jangkaan penganalisis untuk penyusutan matawang tersebut lebih awal.

US dolar masih bergerak di sekitar paras tertinggi 2 bulan selepas merekodkan kenaikan mingguan terbesar pada minggu lalu sejak April.

Sentimen pasaran masih dilihat berisiko oleh pelabur dengan ancaman gelombang Coronavirus terbaru serta beberapa isu global lain. Namun, pelabur mungkin berwaspada untuk penyusutan US dolar pada penghujung minggu menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Sementara, matawang Euro kekal bergerak lemah di paras terendah 2 bulan berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan virus di seluruh Eropah dengan jangkaan langkah sekatan akan bertambah di banyak kawasan lagi dalam masa terdekat.

Jika trend begini berterusan dalam pasaran pada minggu ini, besar kemungkinan pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD akan kekal menurun.

Bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, paras terendah terbaru 9 minggu dicatatkan mencecah 1.16100 pada Jumaat lalu.

Paras tersebut juga merupakan zon RBS (resistance become support) yang akan menentukan sama ada harga akan meneruskan penurunan lebih rendah atau menjadi titik perubahan kenaikan harga semula.

Penurunan lebih rendah dijangka akan menuju zon tumpuan seterusnya di paras 1.15000.

Sebaliknya, jika harga kembali melonjak semula dan melepasi halangan MA50, berkemungkinan perubahan trend akan berlaku dengan kenaikan awal harga akan menuju zon SBR (support become resistance) 1.17200.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat