Pelabur Mesti Sudah Jangka Kejatuhan Komoditi Ini!

944

Seperti laut, akan ada pasang surutnya.

Begitu juga dengan dagangan minyak mentah yang menjunam jatuh selepas Rusia mengumumkan beberapa pasukan tenteranya yang sebelum ini berada di sempadan Ukraine telah kembali ke pengkalan mereka.

Hal ini sedikit sebanyak telah mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap kemungkinan tercetusnya perang antara dua pengeluar utama minyak dunia itu.

Dagangan minyak mentah Brent jatuh lebih 3% ke sekitar harga $93 setong, berundur jauh dari paras ketinggian tujuh tahun yang dicapainya pada Isnin ketika Amerika Syarikat mengatakan Rusia akan menyerang Ukraine pada 16 Februari.

Bagaimanapun, kekhuatiran itu digantikan dengan kelegaan selepas pertemuan Presiden Rusia dan Canselor Jerman Olaf Scholz yang telah membuahkan hasil optimis.

Dalam pada itu, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat pula menjunam pada $91.95 setong susulan kejatuhan sekitar 3.6% sebelum ini.

Namun, penurunan dalam bekalan minyak mentah di AS sedikit sebanyak membantu komoditi itu untuk kekal stabil. Institut Petroleum Amerika (API) mendedahkan inventori minyak AS jatuh sebanyak 1.1 juta tong pada minggu lalu.

Sementara bekalan petrol pula dilaporkan susut sebanyak 923,000 tong dan stok penyulingan berkurangan sebanyak 546,000 tong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat