Pelabur Nantikan EUR/USD Tembusi Rintangan $1.2000 Minggu Ini

488

Sentimen pasaran yang kian pulih dijangka akan terus menambahkan ‘luka’ bagi dagangan US dolar pada minggu ini selepas pamer prestasi suram minggu lalu.

Dengan peningkatan ke paras tertinggi terbaru bagi indeks S&P 500 dan Dow Jones di pasaran saham Amerika Syarikat (AS), petunjuk bagi pemulihan ekonomi global itu telah memberi keyakinan buat pelabur sekaligus membuatkan mata wang safe-haven termasuk US dolar menyusut.

Selain itu juga, hasil perbendaharaan 10-tahun AS kekal bergerak rendah di bawah paras 1.60% walaupun sedikit meningkat di penghujung minggu.

Mata wang Eropah telah berjaya manfaatkan peluang untuk didagangka meningkat minggu lalu dengan situasi penyusutan US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga telah meningkat di awal minggu lalu menuju ke paras 1.2000.

Namun, paras rintangan tersebut masih gagal untuk ditembusi dengan pergerakan harga menuju ke penghujung minggu mendatar di bawah paras 1.2000 tersebut.

Pembukaan dagangan di awal minggu melihatkan harga membuat penurunan pada sesi Asia di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga memberi isyarat awal untuk permulaan trend bearish.

Penurunan harga akan kembali menguji paras sokongan pada zon harga 1.19000 setelah harga melonjak di atas paras tersebut di awal minggu lalu.

Namun, jangkaan untuk US dolar kekal bergerak lemah boleh menyokong kenaikan lebih tinggi harga pada minggu ini. Zon rintangan 1.2000 perlu ditembusi untuk meneruskan kenaikan seterusnya.

Sekiranya harga berjaya tembusi zon tersebut, kenaikan lebih tinggi berkemungkinan dijangkakan menuju zon tumpuan 1.20600-1.20900 untuk mencatatkan paras ketinggian terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat