Pelabur Tempatan Juga Bersiap Siaga Berdepan Gelora FOMC

242

Mengambil isyarat lemah Wall Street semalaman, bursa tempatan juga bergerak lemah dengan terdapat kemungkinan kemelesetan berlaku di Amerika Syarikat (AS).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.09 mata pada 1,471.46 sebelum turun 3.21 mata pada 1,468.34 berbanding penutupan Selasa pada 1,471.55.

Di pasaran meluas, kerugian pada 313 atasi keuntungan pada 162, manakala 303 kaunter pula tidak berubah, 1,477 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 416.46 juta unit bernilai RM184.16 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, Bursa Malaysia dilihat sudah mencapai paras kematangan untuk melantun semula selepas penurunan 30 mata sejak 3 hari lepas sementara berita positif di China sepatutnya memberi kelebihan.

Ekoran itu, KLCI dijangka berlegar-legar antara paras 1,470 ke 1,490.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) naik 3 sen pada RM5.60 dan RM9.21 sementara Maybank dan Public Bank Bhd turun 2 sen pada RM8.59 dan RM4.43, Petronas Chemicals Group Bhd dan IHH Healthcare Bhd jatuh 1 sen pada RM8.55 dan RM5.81.

Saham aktif memperlihatkan Solution Group Bhd naik 2.5 sen pada 34.5 sen, Infomina Bhd tambah 4 sen pada RM1.11, BCM Alliance Bhd lonjak 0.5 sen pada 2.5 sen, Borneo Oil Bhd kekal pada 2 sen, Dataprep Holdings Bhd dan ECA Integrated Solution Bhd turun 1.5 sen pada 29.5 sen dan 87.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 21.24 mata pada 10,561.76, indeks FBMT 100 kurang 17.34 mata pada 10,258.60, indeks FBM Emas Shariah susut 28.07 mata pada 10,739.61, FBM 70 hilang 1.63 mata pada 12,929.14 dan FBM ACE jatuh 11.83 mata pada 5,487.66.

Segi sektor, indeks Perladangan naik 2.70 mata pada 6,727.73,  indeks Perkhidmatan Kewangan  jatuh 20.12 mata pada 16,419.30, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.97 mata pada 181.80 dan indeks Tenaga turun 10.21 mata pada 795.61.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat