Pelabur Teruja, Michael Saylor Jangkat BTC Akan Capai $69,000!

455

Kenyataan ini berkemungkinan akan mengurangkan kegelisahan para pelabur kripto yang berdepan suasana suram bagi pasaran kripto sepanjang 2022 ini yang terkesan oleh fasa pengetatan polisi oleh bank-bank pusat utama dunia.

Michael Saylor, pengasas bersama dan Pengerusi syarikat MicroStrategy meramalkan harga Bitcoin (BTC) akan mencapai paras tertinggi $69,000 dalam tempoh empat tahun akan datang.

Usahawan berusia 57 tahun tersebut telah menonjolkan dirinya sebagai penyokong tegar mata wang kripto sejak beberapa tahun lalu dan syarikatnya merupakan pemegang korporat BTC terbesar yang mempunyai 130,000 BTC.

Semasa temu bual terbarunya, beliau meramalkan bahawa aset digital utama akan didagangkan pada $500,000 sekiranya ia sepadan dengan modal pasaran emas.

Walaupun modal pasaran emas adalah sekitar $11 trilion manakala BTC $365 bilion, Saylor sering memberikan keutamaan sokonganya kepada mata wang kripto.

Buktinya, Saylor bukan sahaja mengatakan bahawa BTC adalah 50 kali lebih baik daripada logam malah beliau membayangkan ia akan meningkat sehingga $1 juta pada tahun akan datang biarpun sesetengah pelabur berpendapat harga aset digital tersebut akan menjadi sifar.

Beberapa hari yang lalu, MicroStrategy membelanjakan $6 juta untuk membeli 301 BTC pada harga purata $19,851 setiap token namun syarikatnya mengalami kerugian besar selepas kejatuhan pasaran.

Difahamkan, MicroStrategy berjaya membelanjakan $4 bilion bagi mengumpul simpanannya yang kini berjumlah $2.5 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat