Pelaburan Asing Ke Pasaran Bon Jepun Melonjak Minggu Lalu

60

Berdasarkan data daripada Kementerian Kewangan Jepun, aliran wang ke dalam pasaran bon Jepun meningkat secara mendadak minggu lepas.

Kenaikan pelaburan bon Jepun daripada warganegara mereka menaik kepada 1.179 trillion yen, manakala melalui pelaburan asing pula meningkat kepada 292.4 billion yen.

Harga bon kerajaan Jepun dan US jatuh semalam berikutan para pelabur menanti keputusan polisi FOMC pagi tadi. The Fed mengekalkan kadar faedahnya dan mungkin akan mengecilkan penyata imbangan $4.5 trillion tidak lama lagi.

Pada awal pasaran Asia hari ini, Timbalan Gabenor Bank Pusat Jepun (BoJ), Hiroshi Nakaso berkata harga dalam pasaran domestik akan meningkat berdasarkan tanda-tanda yang meyakinkan. Ulasan beliau ini memberikan sedikit kesan terhadap pasaran awal pagi tadi.

Perbincangan berkenaan polisi kadar faedah daripada Bank Pusat Jepun (BoJ) di teruskan dan mereka masih meneliti perkembangan terhadap inflasi dan ekonomi dari masa ke semasa. Walaupun BoJ pasti ekonomi Jepun akan kembali pulih, namun perkembangannya masih di bawah sasaran mereka.

BOJ masih mengekalkan kadar faedahnya dengan menurunkan sasaran terhadap inflasi negara. Laporan Bloomberg menyatakan, bank pusat telah menurunkan ramalan inflasi sebanyak enam kali, sekaligus sasaran untuk mencapai inflasi 2% menjadi lebih lama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat