Pelaburan KWSP di U.K. Berhadapan Risiko Kerugian?

88

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang berusaha untuk refinance (pembayaran semula) asetnya di United Kingdom bagi melindungi portfolionya dari risiko volatilities (naik-turun pasaran) dalam pasaran matawang dengan membuat pinjaman sebanyak RM1.28 Billlion.

Sejak minggu lepas mesej tentang KWSP yang dikatakan mahu membuat pinjaman sebanyak RM12 Billion daripada Standard Charted dan DBS tersebar melalui whatsapp. KWSP mengatakan offshore financing (Bank luar) mengurangkan currency exposure bagi pelaburan hartanah global dan oleh itu, langkah ini adalah langkah terbaik dalam pelaburannya.

Currency exposure ialah kesan matawang terhadap pelaburan yang telah dibuat. Contohnya, KWSP mungkin terkesan kepada penyusutan pulangan kepada pelaburan yang telah dibuat di U.K. Hal ini disebabkan penyusutan nilai matawang Britan iaitu Pound Sterling berikutan undian Brexit beberapa bulan lepas yang menyaksikan Britain bakal keluar dari Kesatuan Eropah dua tahun lagi.

Penyusutan matawang ini akan menyebabkan nilai aset juga akan jatuh dan menyebabkan kerugian kepada pelabur.

Kata KWSP, Kwasa Global syarikat subsidiarinya akan menjalankan rundingan pinjaman yang melibatkan amaun sebanyak RM1.28 billion dan bukannya RM12 billion seperti yang tersebar.

Tambahnya lagi, setiap pelaburan yang dibuat adalah berdasarkan risk-return profile KWSP, yang mana simpanan ahli KWSP adalah selamat dan diuruskan dengan baik.

Risk-return profile adalah bagaimana seseorang atau organisasi seperti KWSP willing (sudi) untuk mengambil risiko terhadap satu-satu pelaburan. Maknanya sebelum membuat pelaburan, KWSP telah menetapkan risiko kerugian yang dia sanggup tanggung.

Bulan lepas, agensi berita Bloomberg telah melaporkan yang KWSP mempunyai portfolio hartanah di U.K. yang bernilai RM10.2 Billion. Walaubagaimanapun, CEO KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengatakan pelaburan KWSP di U.K. itu hanya menyumbang exposure yang kecil sebanyak 1.00% dan 1.50% yang bermaksud berisiko rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat