Pelombong Gelisah? Intel Henti Pengeluaran Cip Mining BTC!

352

“Mungkin Intel nak fokus perkara lain sebab tu mereka tak nak keluar kan cip mining BTC dah.”

Syarikat gergasi pembuat cip Intel yang bakal menghentikan pengeluaran barisan cip mining Bitcoin (BTC) mulai 20 April 2024 telah memberi kejutan kepada seluruh komuniti termasuk sektor mining mata wang kripto.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Intel, syarikat tersebut akan berhenti menerima tempahan siri cip mining Blockscale menjelang 20 Oktober, di mana ia baru dilancarkan pada tahun lepas.

Terdahulu pada pertengahan tahun 2022 pula, Intel berhasrat memasuki sektor mining BTC dengan pelanggan awalnya adalah Argo Blockchain (ARBK), Block (SQ), Griid Infrastructure dan Hive Blockchain (HIVE).

Namun, Intel umumkan pemberhentian Blockscale ASIC sebagai sebahagian daripada langkahnya untuk keluar dari beberapa perniagaan semasa proses penstrukturan dan penyusunan semula seluruh syarikat untuk operasi IDM 2.0.

Matlamat IDM 2.0 adalah untuk menambah bilangan pelanggan yang menghasilkan semikonduktor dan meningkatkan keluaran sendiri cip lebih kecil.

Setakat ini, Intel masih tidak mendedahkan sebarang peralatan mining BTC next-generation tetapi cip ASIC Blockscale telah dipaparkan secara offline.

Semasa menjawab pertanyaan Tom Hardware mengenai sama ada Intel akan meninggalkan sektor BTC ASIC sepenuhnya, syarikat tersebut menyatakan bahawa mereka akan memantau peluang pasaran secara berskala.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.24% pada paras $30,331 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $586 bilion dan mencatatkan keuntungan sekitar 0.38% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat