Pemain Pasaran Beri Tumpuan Pada Program Rangsangan AS – GBP Terus Susut!

412

Indeks US dolar masih didagangkan pada paras terendah 2 1/2 tahun pada hari Isnin berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat yang lemah telah mendorong peningkatan dalam jangkaan terhadap bantuan rangsangan ekonomi. Disisi lain matawang sterling terus lemah kerana kebimbangan terhadap perjanjian perdagangan antara Britain dan Kesatuan Eropah.

Pada hari Jumaat lepas, data pekerjaan NFP hanya catat peningkatan sebanyak 245,000 pada bulan lalu dan ia merupakan peningkatan terendah sejak bulan Mei. Bacaan ini menandakan bahawa pemulihan pekerjaan semakin perlahan.

Menurut penganalisis matawang MUFG, Lee Hardman berpendapat bahawa kehilangan momentum pergerakan matawang US dolar dan impak Covid-19 terhadap pasaran buruh akan meningkatkan tekanan pada Kongres dan Fed untuk mengumumkan rangsangan lebih lanjut. The Fed dijangka akan membuat perubahan dalam program rangsangan pada bulan ini.

Justeru walaupun US dolar berada di paras yang rendah namun matawang tersebut terus mengukuh sejak pembukaan sesi Eropah tadi. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mengukuh sebanyak 0.12% kepada paras tukaran 90.805 setakat jam 9.40 p.m.

Sementara menantikan perkembangan lanjut isu vaksin dan pakej rangsangan ekonomi di Amerika Syarikat (AS), krisis Brexit menjadi faktor terawal menggegarkan pasaran di awal minggu. Sisi positifnya, Britain dilaporkan akan menjadi negara pertama yang melancarkan vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh Pfizer Inc dan BioNTech pada minggu ini.

Matawang pound menyusut berbanding US dolar sebanyak 1% kepada paras 1.3302 setakat jam 9.45 p.m. Matawang Euro pula mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.10% ke paras tukaran 1.2132.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat