Pembukaan China Gagal Dorong Ekuiti Akhiri 2022 Dengan Cemerlang

70

Tumpuan dunia terus terarah pada China dan pelonggaran dasar Covid-19-nya tatkala pelabur menimbang-tara prospek 2023.

Buat masa ini Pengerusi Great Hill Capital LLC, Thomas Hayes, melihat pembukaan semula China boleh memberi manfaat kepada ekonomi Amerika Syarikat (AS) namun merisikokan peningkatan kes jangkitan.

China sebelum ini menamatkan tempoh kuarantin bagi pelancong yang memasuki sempadannya bermula 8 Januari tatkala sistem kesihatan negara Tembok Besar itu berada dalam tekanan.

Risiko peningkatan kes jangkitan itu ditambah pula dengan kebimbangan kecairan rendah dan faktor kerugian cukai telah membuatkan pasaran ekuiti runtuh di ambang tahun baru.

Ulas ketua strategi aset Voya Investment Management, Amit Sinha, ekuiti mengalami penyusutan sepanjang bulan Disember dengan sentimen dan momentum negatif ‘mencetus penjualan’.

Sentimen tersebut mungkin dirujukkan kepada faktor ketidaktentuan prospek kenaikan kadar faedah pada 2023 dan risiko kemelesetan daripada langkah itu.

Ketika penutupan semalam Dow Jones Industrial jatuh 1.1% pada 32,875.71, S&P 500 hilang 1.20% pada 3,783.22 dan Nasdaq Composite junam 1.35% pada 10,213.29 iaitu paras terendahnya sejak Julai 2020.

Dagangan Asia pula menyaksikan S&P/ASX 200 Australia turun 0.88%, Nikkei 225 Jepun jatuh 0.94%, Topix susut 0.86% dan Kospi Korea Selatan junam 0.57%.

Dalam pada itu, dolar kembali mengukuh dengan greenback naik 0.202% sementara penanda aras nota 10 tahun lonjak 3.885% dari 3.858% dan hasil bon 30 tahun naik 3.9743% tatkala nota 2 tahun turun 4.3594% dari 4.368%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat