Pemimpin UK Boris Johnson Disahkan Positif Covid-19?

733

Perdana Menteri UK, Boris Johnson mengumumkan sebuah berita tidak baik bahawa beliau disahkan positif wabak koronavirus dan hal ini menyebabkan beliau merupakan pemimpin negara utama yang menghidap penyakit Covid-19.

Johnson dalam video yang dimuat naik di halaman Twitter menyatakan bahawa beliau mengalami peningkatan suhu dan batuk yang berterusan. Dalam masa yang sama beliau juga menegaskan bahawa beliau akan mengasingkan diri sendiri di rumah.

Johnson dinasihatkan oleh ketua pegawai England agar diuji ujian Covid-19 kerana beliau mengalami simptom wabak tersebut. Walaubagaimanapun ujian yang dijalankan tersebut telah mendapati bahawa beliau positif Covid-19 dan sehubungan dengan itu beliau mengambil keputusan untuk mengasingkan diri selaras dengan panduan yang diumumkan oleh UK.

Selain Johnson, Setiausaha Kesihatan UK Matt Hancock juga telah disahkan positif wabak Covid-19. Beliau menyatakan bahawa beliau hanya menghidapi gejala yang ringan dan akan melakukan kuarantin di rumah sehingga Khamis depan.

Dua hari sebelum ini, keluarga diraja UK iaitu Putera Charles yang merupakan pewaris takhta telah disahkan positifi penyakit ini. Penularan wabak Covid-19 tidak hanya menyerang sesetangah kelompok namun keseluruhannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat