Peminat Boleh Beli Tesla Pakai Dogecoin (DOGE)!

2,597

Peminat Tesla kini boleh membeli model kegemaran menggunakan matawang kripto Dogecoin (DOGE).

Perkembangan terbaharu ini didedahkan oleh firma teknologi blockchain global, Bots Inc pada lewat petang Isnin waktu tempatan di laman web rasminya.

Untuk pengetahuan, Bots Inc atau BTZI merupakan sebuah firma penyedia penyelesaian berasaskan blockchain dan telah terlibat dalam pelbagai sektor termasuk industri kewangan, penyelesaian sekuriti siber, perlombongan kripto, dan insurans.

Kali ini mereka telah mengambil langkah drastik dengan membenarkan pengedar kereta tempatan untuk menerima matawang kripto termasuk DOGE bagi setiap pembelian kereta Tesla terpakai.

Keputusan tersebut juga dipersetujui oleh pengasas Tesla, Elon Musk dan pemilik pasukan bola keranjang Dallas Maverick, Mark Cuban.

Secara tidak langsung, Bots Inc kini menjadi firma perdagangan pertama yang menerima DOGE sebagai medium pembayaran.

Kereta terpakai Tesla masih mempunyai nilai terutama Tesla Model 3 ekoran jumlahnya yang terhad di pasaran. Disebabkan itu, peminat yang ingin mendapatkan model tersebut perlu berbelanja lebih berbanding model lain.

Mungkin berita ini menunjukkan harapan baik untuk syarikat Tesla menjadi firma seterusnya yang menerima Dogecoin, selain Bitcoin (BTC).

Musk sendiri pernah memberi hint dalam satu poll yang dijalankan pada Mei, menyebabkan komuniti ini semakin tidak keruan.

Ketika penulisan, DOGE didagangkan pada $0.29, susut hampir 10% dalam 24 jam. Bagaimanapun, aset ini menunjukkan perkembangan baik sejak minggu lepas dengan lonjakan hampir 13%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat