Penangan CPI AS, EUR/USD Capai Paras Tertinggi Sejak April 2022!

156

US dolar ketara alami penyusutan pada sesi New York semalam selepas kejutan terhadap bacaan data inflasi Amerika Syarikat (AS) terbaru yang diterbitkan.

Menjadi tumpuan utama minggu ini, bacaan tahunan indeks harga pengguna (CPI) AS catat 3.0% untuk bulan Jun, lebih rendah berbanding ramalan 3.1% dari paras bulan Mei iaitu 4.0%.

Di samping data pekerjaan NFP yang suram minggu lalu, ini menguatkan lagi kenyataan penggubal dasar bahawa fasa pengetatan semakin menghampir penghujungnya.

Mata wang utama lain termasuk Euro memanfaatkan ruang untuk mengukuh sehingga berjaya mencapai paras ketinggian terbaru sejak April 2022.

Pada carta pasangan EUR/USD, kenaikan harian sekitar 120 pips telah dicatatkan semalam setelah lonjakan di sesi New York itu.

Harga telah membuat kenaikan mengatasi ketinggian dicapai pada Mei lalu sehingga mencapai paras ketinggian terbaru pada 1.11400 di dagangan penghujung sesi.

Dengan momentum kukuh semalam, kenaikan harga dijangka akan diteruskan lagi hari ini dengan sasaran menuju paras 1.12000 pula.

Tidak mustahil untuk kenaikan akan diteruskan lebih tinggi lagi ketika mengakhiri dagangan di penghujung minggu ini.

Namun pelabur perlu kekas waspada untuk penurunan harga yang boleh terjadi semula.

Penurunan harga jika menjunam di bawah zon 1.10700 dan mula bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut akan menjadi isyarat awal perubahan trend untuk berlaku.

Paras 1.10000 bakal kembali menjadi tumpuan untuk diuji dan jika susut lebih rendah, harga akan menuju sekitar zon 1.09000 yang turut menjadi tumpuan sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat