Pendapat Terkini Ahli ECB Selepas Mesyuarat Bank Pusat Eropah Pada Khamis

42

Bank pusat Eropah sepatutnya menunjukkan isyarat yang jelas tentang bilakah program pembelian bon ini aiak berakhir, kata Jens Weidmann pada Jumaat. Komen ini dibuat sehari selepas penetapan polisi monetari ECB iaitu pada Khamis.

Pertumbuhan semakin baik dan banyak rangsangan yang telah diberikan oleh ECB (European Central Bank). Oleh itu, pembelian aset yang sedang dijalankan oleh bank pusat menjadi semakin kurang relevan, kata Weidmann.

Walaupun ECB memutuskan untuk mengurangkan jumlah pembelian bon pada Khamis, namun pembelian dilanjutkan lagi sehingga sembilan bulan bermula Januari 2018.

“Bagi saya, tempoh penamatan pembelian bon adalah wajar, khususnya saya sendiri telah banyak mengkritik pembelian bon kerajaan,” kata beliau.

Bagi seorang lagi ahli ECB iaitu, Villeroy, beliau yakin dengan inflasi akan naik ke paras sasaran dan sebab itu keputusan dibuat untuk mengurangkan jumlah pembelian bon.

“Ia adalah langkah penting sebelum mengakhiri program pembelian.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat