Rangkaian Bitcoin bakal dikemaskini dengan pengenalan softfork Taproot, jika pelombong bersetuju untuk meneruskan penambahbaikan tersebut.
Penantian yang memakan masa bertahun-tahun, Taproot akhirnya telah sedia dilancarkan demi menawarkan transaksi multi-signature, yang lebih murah dan tertutup dan mudah untuk dilakukan.
Secara ringkasnya, Bitcoin mara ke fasa yang lebih peribadi dan berskala.
Bagaimanapun, keputusan pengaplikasian Taproot bergantung kepada pelombong. Justeru, pelombong yang mahu objektif tersebut diteruskan, mereka boleh memberi isyarat istimewa dalam blok yang mereka lombong, dikenali ‘signal bit’.
Jika 90% blok dilombong ketika fasa kesukaran termasuk signal bit, kemungkinan kemaskini akan disetkan pada November tahun ini.
Buat masa sekarang, hanya 10.36% blok yang dilombong bersetuju dengan Taproot, menjadikan baki blok sebanyak 1792 untuk menentukan apa yang akan berlaku. Jika majoriti menolak, maka penyesuaian akan berlaku pada masa lain.
Pembangun Bitcoin Core dan Suredbits, Ben Carman yakin dengan keputusan yang positif, setidak-tidaknya pada masa kesukaran kedua.
Bagi anda yang berminat untuk memantau sejauh mana perkembangan jumlah blok yang bersetuju dengan Taproot, boleh lawati laman web ini – https://taproot.watch/