Penganalisis Ramal Santa Claus Tidak Akan Lawat UK Tahun Ini

171

‘Kesan daripada pimpinan Liz Truss tak habis lagi, kena pula nak dekat musim perbelanjaan.’

Berdasarkan situasi ekonomi yang suram di United Kingdom (UK), pemain pasaran meramalkan pengecutan perbelanjaan warga Britan pada suku ke-4 (Q4) 2022.

Asas tersebut dicapai selepas satu tinjauan oleh Barclaycard mendapati 48% warga UK merancang pengurangan perbelanjaan untuk Krismas,  58% enggan membeli barangan mahal dan 42% mahu duduk di rumah semasa percutian.

Sebagai pengetahuan, musim percutian merupakan tempoh perayaan di UK dengan kebanyakan rakyat akan mengeluarkan belanja membeli barangan kelengkapan menjelang Krismas.

Berbalik kepada tajuk asal, British Retail Consortium turut melaporkan perbelanjaan pengguna UK pada bulan Oktober naik 1.6% namun turun dari 2.2% pada bulan sebelumnya.

Ia menandakan kejatuhan pembelian pengguna terbesar di UK dengan inflasi menjadi tajuk utama dalam situasi ekonomi negara tersebut.

Ulas ketua eksekutif BRC, Helen Dickinson, situasi ekonomi yang suram membuatkan pengguna takut berbelanja dengan kebanyakan warga UK memberi fokus kepada kenaikan pembayaran gadai janji.

Suka diingatkan bahawa inflasi Britain kembali melonjak ke paras tertinggi 40 tahun pada 10.1% semasa September dan Bank of England (BOE) meletakkan unjuran kenaikan 11% pada suku terkini.

Lantaran itu, BOE telah mengambil keputusan dengan menaikkan kadar faedah pada 3% iaitu paras tertinggi sejak 2008 dan merisikokan kemelesetan kepada ekonomi negara itu.

Dalam pada itu, BRC melaporkan perbelanjaan makanan pada Oktober naik 5.1% dengan perbelanjaan bukan makanan turun 1.2%.

Selain itu, perbelanjaan tenaga  naik 36% dari setahun lalu namun turun dari 48% semasa September.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat