Pengasas Evergrande Terlibat Kes Jenayah Haram?

1,194

Hui Ka Yan, Pengerusi Evergrande China kini sedang disiasat berhubung ‘jenayah haram’, menurut kumpulan itu.

Terdahulu pada hari Rabu, INTRADAY ada melaporkan bahawa pengasas pemaju hartanah terbesar di dunia itu telah diletakkan di bawah pengawasan polis.

Impaknya, dagangan saham Evergrande digantung pada hari Khamis sehingga diberitahu kelak.

Pengumuman terbaru syarikat itu menyatakan bahawa ia telah menerima pemberitahuan daripada pihak berkuasa mengenai Hui Ka Yan kini tertakluk kepada langkah mandatori mengikut undang-undang kerana disyaki melakukan jenayah haram.

Berita itu secara tidak langsung memberi isyarat bahawa pihak berkuasa boleh meminta pengasas jutawan itu bertanggungjawab atas masalah kewangan dihadapi Evergrande.

Keruntuhan pemaju itu telah mengheret seluruh sektor hartanah China yang menyumbang kira-kira satu perempat daripada ekonomi negara.

Kegawatan yang semakin mendalam dalam sektor hartanah yang dibebani hutang di China, dilihat sebagai ancaman yang boleh menjejaskan usaha Beijing untuk memulihkan semula ekonomi daripada pandemik Covid-19.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat